Al Hadid:4

Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

Wednesday, 22 January 2025

Keutamaan ibadah sunat

 

    Alhamdulillah.. Pagi tadi, Allah izin saya mendengar kuliah subuh Tuan Guru Sheikh ABu Zaki. Terselit dalam kuliah tersebut kisah Saidina Umar dan Saidina Usman. Semasa Saidina Umar sedang meberi khutbah solat jumaat, kelihatan Saidina Usman  yang tiba lewat dan terus duduk di barisan hadapan. Saidina Umar terus memandang Saidina Usman. Saidina Usman faham pandangan tersebut yang seperti meminta penjelasan. Lalu, Saidina Usman meminta maaf di atas kelewatan, dan memaklumkan bahawa beliau mempunyai sedikit urusan di bandar, dan terus bergegas ke masjid untuk solat Jumaat. 

    Lalu Saidina Umar terus berkata, "Jadi kau terus ke masjid tanpa mandi sunat? Bukankah kau tahu yang Baginda Nabi saw telah pesan untuk mandi sunat sebelum solat Jumaat?" 

    Teruk Saidina Usman kena marah dengan Saidina Umar 😊 (Bukan marah gaduh. Marah kawan2 yang beri nasihat). 

    So, nak habaq kat sini, betapa sahabat Nabi, sangat mengambil berat akan setiap pesanan Nabi saw. 

    Cuba bandingkan dengan kita? Adakah kita ambil berat akan semua sunnah Nabi? Adakah kita bersungguh melaksanakan perintah Allah? 

Bangun awal pagi pun kita dah tewas. Bukan berperang dengan musuh, tapi berperang dengan nafsu sendiri sahaja kita dah kalah. Adakah kita rasa kita mampu masuk ke syurgaNya???? 

        😭😭😭

    Ya Allah. Ampunkanlah segala dosa2 kami.. 

    

Sunday, 19 January 2025

CERIA, BERTENAGA DAN POSITIVE SETIAP HARI

     Baik buruknya hari kita, adalah bermula dengan bagaimana kita mulakan hari itu. Sebab itulah, Islam sangat-sangat mengajar kita, untuk bangun awal setiap hari. Islam juga, mendidik kita, bagaimana memulakan hari di setiap hari. 

    Islam mengajar kita, untuk bangun seawal pagi. Mulakan seawal pagi itu dengan solat tahajud. Solat tahajud ini, mengajar kita untuk memohon keberkatan untuk hidup kita pada hari itu dari Allah. Dengan solat tahajud ini juga, ia mengajar kita untuk meletakkan sepenuh kebergantungan kita hanya pada Allah. 

    Seawal kita mencelik mata ketika bangun pagi itu, Islam juga mengajar kita untuk mengucapkan doa bangun pagi. 


Sumber: https://hotelier.id/muslim/doa-bangun-tidur-dan-artinya-sesuai-sunnah/

    Dengan doa ini, kita mengucapkan syukur pada Allah, yang telah menghidupkan kita semula, yang membangunkan kita semula dari tidur. 

    Selepas mengucapkan syukur pada Allah, tanda kita bersyukur, tanda kita mengharapkan pertolongan Allah, lakukanlan solat tahajud. Kita adalah hambaNya yang sangat lemah. Pasti banyak beban yang kita tanggung setiap hari. Luahlah, rintih la, mohon lah sepenuhnya hanya pada Allah. Mohonlah keberkatan untuk hari itu, mohonlah kemudahan untuk hari itu dan seterusnya. 

    Apabila kita mulakan seawal pagi kita dengan menghadapNya, pasti urusan kehidupan kita pada haritu tersebut, kita dapat lalui dengan tenang. 

    Ini semua mengajar kita untuk menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab dan disiplin. Hidup yang direhai Allah, pasti dikurniakan kejayaan dunia dan akhirat. InsyaAllah.   




Thursday, 12 September 2024

Ikhlas dalam beramal

 Saya baru start baca kitab "Berguru dengan sahabat Nabi, tulisan Syaikh Sayyid Muhammad Nuh". 

Chapter pertama, menekankan tentang keikhlasan dalam beramal. Kenapa penulis mulakan dengan keikhlasan? Ini kerana, ikhlas adalah kunci yang amat penting, terutamanya dalam meraih pertolongan dari Allah. 

Dengan ikhlas juga, ia menjadi kunci sesuatu amalan kita diterima atau tidak. Apa yang sangat kita takutkan adalah, ketika menghadap Allah, segala amalan yang telah dan banyak (sangkaan kita) kita lakukan, hilang seperti debu yang berterbangan. 


Keikhlasan itu lahir dari hati. Hati yang bersih dan suci. Dalam melahirkan keikhlasan, hati kita sering berperang dengan nafsu sendiri. Nafsu itu sering membisikkan sesuatu yang selain dari keikhlasan. 

Lalu, kita sebagai manusia, perlulah teguhkan hati dalam mempertahankan keikhlasan dan mengawal nafsu ammarah bissu' yang menyuruh kepada kejahatan. 


Kawallah nafsu kita dengan tali istiqamah dan taqwa. Agar nafsu kita ini jinak, dan mudah untuk kita uruskan. Agar nafsu kita mendengar kata dan arahan kita. 

Seandainya tali istiqamah itu terlepas, maka, tambatlah semula dengan taubat, dan kembalilah kita kepada Allah swt. InsyaAllah. 


والله أعلمُ بالـصـواب


RR



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...