Al Hadid:4

Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

Friday 27 January 2017

Semoga anak2 mama berakhlak mulia


Di mana bumi dipijak
Di situ langit dijunjung. 
Segala kita punya, ihsan dari Yang Maha Esa. 
Tidak mampu untuk kita miliki apapun dari kudrat kita. Hatta untuk mengangkat jari pun, dengan izin Nya. 
Biarlah hodoh rupa asal kaya bahasa. 
Biar papa harta, asalkan mewah adab dan jiwa. 

cerita kita berbeza

Semalam, aku bersama rakan sekerja joined for the meeting di luar daerah. Perjalanan yang memakan masa hampir sejam setengah diisi dengan perbualan yang merangkumi macam2 topik😀. Of coz la, mengantuk kau drive long distance ni.

Dalam pada berbual, pasti akan terkeluar cerita stress dalam kerja, dalam rumah tangga, dalam mendidik anak2, dalam study etc.. cuma satu pesan sahabat, jangan bandingkan cerita kita dengan orang lain. Setiap kita punya cerita berbeza..
Ya betul, kita punya cerita yang berbeza.

Sunday 22 January 2017

Plan your work, work your plan

Image result for Plan your work, work your plan



 




Saya cuba untuk siapkan technical paper seperti yang diminta oleh Penyelaras Projek. Seingat saya, saya dah siapkan dah email semula. Atau mungkin perlu dimurnikan lagi? Ok, saya plan untuk siapkan pada hari ni. Oh, petang ni ada meeting jabatan. Oh, petang ni juga saya plan untuk masuk lab sebab sv dah tanya progress. 

Lama sungguh saya hentikan lab work lantaran terlalu sibuk dengan class, markah pelajar, supervise pelajar FYP 😎

Campur pula dengan keadaan tangan yang masih tak berapa ok. 😞 Ya Allah, berikan lah kesihatan yang baik pada ku.. 

Harap semua ni under control.. jangan stress Ita.. 😫 Plan your work, work your plan.. Hokai






























Friday 20 January 2017

JDT vs KEDAH

Hokai... saya tak minat bola sebenarnya. Tapi layankan hero2 yang ada ni.. 

Mama sokong Kedah, Abg Long of coz JDT. Longsyor? Follow mama la.. hehe. 

Apapun, good luck JDT and all the best for Kedah. #pulunkedahpulun

Kami sokong hgpa.. hehe 

PENGAJIAN PONDOK UNIVERSITI #2

Alhamdulillah. Markah semua submitted. Dah boleh focus pada research sikit.

Petang semalam, alhamdulillah sempat hadir kuliah Ustaz Abu Zaki b Yusuf. Sambungan kitab Penawar Bagi Hati.

Di antara isi2 yang boleh saya share:

Antara perkara yang tidak disukai Allah:

- makan ketika kenyang
- ketawa sedangkan ianya tidak kelakar
- tidur siang sedangkan ia tidak bangun beribadat di malamnya.
*tersentak sekejap*

Kesimpulannya, kurangkan makan, lebih puasa. Kurangkan ketawa, lebihkan fikir, dan kurangkan tidur, lebihkan ibadat.

Ustaz Zaki juga berpesan akan jangan memandang rendah pada orang lain, hatta pada haiwan sekalipun.

Sama2lah kita berpesan pada kebaikan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...