Al Hadid:4

Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

Friday 9 June 2023

Jarang-jarang, kadang-kadang, selalu..

 

Jarang-jarang, 

Kita ni nak fikir dulu. 

Kita nak berbaik sangka dulu, 

Kita nak fikir positif dulu... 


Kadang-kadang, 

Kita fikir "ntah-ntah" ...

Kita fikir "mesti.."

Kita "itula tu.."


Selalunya, 

Ohh, Aku salah faham tadi.. 

Ohh, Tak perasan.. 

Ohh,, Aku tak tahu.. 

Ohh, suka hati aku lah.. 


Sebab, kita suka buruk sangka dulu. Fikir negative dulu. Sedangkan kita tak tahu hati perasaan orang, perancangan Allah.. 

Dan jika betul pun apa yang kita fikir, belajarlah untuk mengawal hanya perkara yang kita boleh kawal. Kita hanya boleh kawal diri kita. Jangan kawal orang lain. Nanti hasil tak seperti kehendak kita, kita akan sakit hati.. 


Mungkin betul, barangkali salah..


Siapalah kita... 




DOA MEMOHON KESEMBUHAN DARI ALLAH SWT


 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...