Al Hadid:4

Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
Showing posts with label motivasi mama. Show all posts
Showing posts with label motivasi mama. Show all posts

Friday, 9 January 2026

Terbaca dalam satu status

 

.... keburukan anak kita, sebenarnya adalah teguran untuk kita.


Jika kita lihat perkara yang kita tak suka pada anak kita, mohonlah pada Allah, untuk hapuskan hukumannya dari diri kita.

 Bertaubatlah dengan seikhlasnya di atas semua dosa kita itu.
Kerana, mengikut Hassan Al Basri Rahimahullah, keburukan yang ada pada anak, tak lain hanya ditujukan untuk menegur ibubapa.









Saturday, 15 March 2025

Semua perkara dalam penyaksian dan rakaman Allah swt.



Dalam melalui kehidupan seharian, kekadang kita tak terlepas dengan keadaan di mana, kita rasa, "asyik semua je aku kena buat. Kerja ni pun aku, kerja tu pun aku.."

Perasaan macam tu, akan menyebabkan kita hilang mood nak buat kerja tu kan. 

Alhamdulillah, hari ni, Allah izin, saya berjumpa dengan ayat Allah ni. 


Ringkas je ayat ni, tapi seakan memberi semangat pada kita. 
Allah beritahu kita, tiada amalan yang sia-sia. Semua dalam penyaksian dan rakaman Allah. 

Baik yang kita buat, baiklah ganjaranNya. 
Buruk perbuatan kita, ketahuilah azab Allah amat keras. 

jom, jadikan ayat ni, motivasi untuk harini. 


Sunday, 19 January 2025

CERIA, BERTENAGA DAN POSITIVE SETIAP HARI

     Baik buruknya hari kita, adalah bermula dengan bagaimana kita mulakan hari itu. Sebab itulah, Islam sangat-sangat mengajar kita, untuk bangun awal setiap hari. Islam juga, mendidik kita, bagaimana memulakan hari di setiap hari. 

    Islam mengajar kita, untuk bangun seawal pagi. Mulakan seawal pagi itu dengan solat tahajud. Solat tahajud ini, mengajar kita untuk memohon keberkatan untuk hidup kita pada hari itu dari Allah. Dengan solat tahajud ini juga, ia mengajar kita untuk meletakkan sepenuh kebergantungan kita hanya pada Allah. 

    Seawal kita mencelik mata ketika bangun pagi itu, Islam juga mengajar kita untuk mengucapkan doa bangun pagi. 


Sumber: https://hotelier.id/muslim/doa-bangun-tidur-dan-artinya-sesuai-sunnah/

    Dengan doa ini, kita mengucapkan syukur pada Allah, yang telah menghidupkan kita semula, yang membangunkan kita semula dari tidur. 

    Selepas mengucapkan syukur pada Allah, tanda kita bersyukur, tanda kita mengharapkan pertolongan Allah, lakukanlan solat tahajud. Kita adalah hambaNya yang sangat lemah. Pasti banyak beban yang kita tanggung setiap hari. Luahlah, rintih la, mohon lah sepenuhnya hanya pada Allah. Mohonlah keberkatan untuk hari itu, mohonlah kemudahan untuk hari itu dan seterusnya. 

    Apabila kita mulakan seawal pagi kita dengan menghadapNya, pasti urusan kehidupan kita pada haritu tersebut, kita dapat lalui dengan tenang. 

    Ini semua mengajar kita untuk menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab dan disiplin. Hidup yang direhai Allah, pasti dikurniakan kejayaan dunia dan akhirat. InsyaAllah.   




Thursday, 12 September 2024

Ikhlas dalam beramal

 Saya baru start baca kitab "Berguru dengan sahabat Nabi, tulisan Syaikh Sayyid Muhammad Nuh". 

Chapter pertama, menekankan tentang keikhlasan dalam beramal. Kenapa penulis mulakan dengan keikhlasan? Ini kerana, ikhlas adalah kunci yang amat penting, terutamanya dalam meraih pertolongan dari Allah. 

Dengan ikhlas juga, ia menjadi kunci sesuatu amalan kita diterima atau tidak. Apa yang sangat kita takutkan adalah, ketika menghadap Allah, segala amalan yang telah dan banyak (sangkaan kita) kita lakukan, hilang seperti debu yang berterbangan. 


Keikhlasan itu lahir dari hati. Hati yang bersih dan suci. Dalam melahirkan keikhlasan, hati kita sering berperang dengan nafsu sendiri. Nafsu itu sering membisikkan sesuatu yang selain dari keikhlasan. 

Lalu, kita sebagai manusia, perlulah teguhkan hati dalam mempertahankan keikhlasan dan mengawal nafsu ammarah bissu' yang menyuruh kepada kejahatan. 


Kawallah nafsu kita dengan tali istiqamah dan taqwa. Agar nafsu kita ini jinak, dan mudah untuk kita uruskan. Agar nafsu kita mendengar kata dan arahan kita. 

Seandainya tali istiqamah itu terlepas, maka, tambatlah semula dengan taubat, dan kembalilah kita kepada Allah swt. InsyaAllah. 


والله أعلمُ بالـصـواب


RR



Monday, 15 May 2017

Struggling till the end








Struggling till the end.. Haha.. Caption bukan main. Dalam hati nak nangis.. Allah je tahu... Paper kena submit esok. Dengan Longsyor demam panas. Syian anak2 mama.. InsyaAllah.. Ada cahaya di hujung sana. 😍

Takleh cakap banyak. Nak siapkan kerja dulu. Nanti saya share berkaitan presentation.

Kalau ada nak perfume DeXandra, still open for order. hehe. 
#www.wasap.my/60177999975

















Friday, 20 January 2017

JDT vs KEDAH

Hokai... saya tak minat bola sebenarnya. Tapi layankan hero2 yang ada ni.. 

Mama sokong Kedah, Abg Long of coz JDT. Longsyor? Follow mama la.. hehe. 

Apapun, good luck JDT and all the best for Kedah. #pulunkedahpulun

Kami sokong hgpa.. hehe 

Tuesday, 13 September 2016

Aloso demam..


Buah hati hamba demam lah pulak... Syiannya anak busyuk sorg ni... Sayang busyuk mama... Selalu riuh dengan suara aloso. Tadi lepas mama suap nasi, terus baring. Semoga cepat sembuh ye sayang.. 

Sayang anak busyuk mama sorang ni.. 


Buah hati hamba...


Kalau ada sapa2 nak selit order DeXandra, boleh whatsapp ye. sambil2 baca journal, boleh sambil2 ambil order. hehe

Untuk lucky draw bulan September ni, hadiahnya sangat menarik. Best tu kalau dapat..








1 botol - RM65
2 botol - RM120
(exc post)

#DeXandraInspiredPerfumeITA0177999975


Monday, 18 July 2016

Bila ada idea...


Apabila dia yang kecik…
Apabila manja dan memanjakan diri sendiri.. 6 tahun bagaikan 6 bulan… sayang busyuk mama sorang ni..

Tengah mama ada idea menulis… Tepat 3.30am, menjerit dari bilik atas untuk ditemankan.. papa teman pun tak mau.. haloh haloh la busyuk sorang ni.. Abang long dah selamat dah sayang uiiii..

Terpaksalah mama menaip di atas katil (lenguh pinggang mama anak oiiii)… Takpelah sayang.. Jadi anak yang soleh, beriman, cemerlang dunia akhirat.. 








Friday, 15 July 2016

Paper to be corrected..

Major correction.. 

due, before 17th July 2016… Oh noooo.. 

Sempatkah???

 Blank.. Blur… 

I have no idea… 

Ahhhhh… Need help….


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...