Al Hadid:4

Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
Showing posts with label SANTAPAN ROHAN. Show all posts
Showing posts with label SANTAPAN ROHAN. Show all posts

Friday, 6 February 2026

Pernah tak..

 ... kita rasa, macam malas nak buat apa-apa. Malas nak bekerja. Malas nak bergerak. Kita sebenarnya bukan tiada hala tuju. Tapi, kita dah selesa. Dah tersekat pada zon selesa. Yang buatkan kita malas nak berfikir. Malas nak terima cabaran baru. Betul kan? 

Sebenarnya, ramai antara kita gagal, bukan sebab kita tak pandai. Tapi, sebab kita selalu bertangguh. Tak kiralah apa situasi kita. Jika kita sebagai pelajar, kita gagal kerana kita selalu bertangguh. Dan kita sering beri alasan - tak cukup masa. Atau kita selalu katakan, belum sampai masanya. 

Kita sering gagal dalam menikmati waktu sihat dan waktu lapang. Di waktu sihat dan di waktu lapang kita, banyak kita habiskan masa dengan scrolling perkara-perkara yang membuang masa. 

Setuju atau tidak, itulah yang ramai di antara kita lakukan dan sedang lakukan mungkin. 

Dalam pada kita leka scrolling media so"sial", kita sebenarnya sedang bazirkan masa yang paling berharga dalam hidup kita. Masa, umur, ini adalah perkara utama yang akan dinilai oleh Allah Taala di hari perhitungan kelak. Apa kita nak jawab di hadapan Allah kelak tentang bagaimana masa kita digunakan? Bagaimana masa kita dihabiskan? 

Bangkitlah, berubahlah. Jangan biarkan syaitan terus membisikkan rasa bertangguh dalam hati kita. Bangun, bertekadlah untuk jadi orang yang lebih berjaya. Ubah rutin kita. Jadi pelajar yang bersemangat dan bertanggungjawab dengan masa hadapan. Jadi anak yang mampu membanggakan keluarga. Yang paling penting, jadilah hamba Allah yang lebih berilmu dan berjaya. 

Jom jadi lebih berjaya

DrRR

Wednesday, 16 April 2025

Habluminnallah habluminannas

 



Dalam apa juga hubungan kita sesama manusia, konsep dia, jaga hubungan dengan Allah taala. Nak apapun, jaga hubungan dengan Allah. Itu je sifir dia. Sifir kehidupan.
Bila kita jaga hubungan kita dengan Allah, Allah akan jaga, pelihara semua keperluan kita. Termasuklah hubungan dengan manusia. 

Macam mana hubungan dengan Allah tu? Solat je dah cukup ke? 

Jaga hubungan tu, maksudnya, betul-betul menjaga. Dari segi, masa, kualiti, dan sebagainya. 

Contoh, cepat datang bila Allah panggil. Waktu bila Allah panggil kita? Waktu azan. 

Maksudnya, dengar je azan, dah dalam keadaan ready nak solat.

Lepas tu, menghadap Allah walau time Allah tak panggil kita. Mengadu semua pada Allah atas semua urusan seharian kita. Waktu bila kita nak menghadap Allah time Allah tak panggil tu? Solat2 sunat. Tahajud, taubat, hajat, dhuha.. Puasa sunat..

InsyaAllah, kalau kita buat semua ni. Semua keperluan kita Allah cukupkan. Allah berikan ketenangan dalam hati kita. Allah beri kebahagiaan dalam kehidupan kita. Allah rezekikan kita anak2 yang soleh. InsyaAllah.

Sebab Allah dah janji. Bukti? Salah satunya yang Allah rakamkan dalam surah Al mu'minun ayat 111, dan surah Luqman, ayat 22. Masih tidak yakin lagikah kita dengan janji-janji Allah swt, yang tidak pernah memungkiri janji.




Jom sama-sama kita amalkan, insyaAllah. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...