Al Hadid:4

Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

Thursday 8 December 2016

PENGAJIAN PONDOK UNIVERSITI

Title: Pengajian Pondok Universiti Musim ke-3 3 Nov 2016
Info: Penceramah: Ustaz Abu Zaki Bin Yusuf Tajuk Kitab : Kitab Penawar Bagi Hati
http://ucitv.uthm.edu.my

Wednesday 7 December 2016

Ceramah Kerjaya dalam bidang Kejuruteraan Kimia





Ceramah Kerjaya dalam bidang Kejuruteraan Kimia telah diadakan semalam (6 December 2016), bertempatkan di Galeri Ilmu, UTHM. Ceramah yang penuh pengisian telah diberikan oleh En Zuki selaku CEO FGV.
Ceramah yang sangat2 menarik dan sarat dengan ilmu. Paling menarik kerana beliau banyak kongsikan pengalaman beliau semasa belajar. Banyak yang dapat diambil oleh para pelajar dari perkongsian ini.
Dalam ceramah beliau, ada beliau sebut beberapa buku rujukan. Trend pelajar kini, yang sangat malas kurang berminat mencari buku rujukan di library. Dan ketika ditanya oleh En Zuki buku rujukan yang digunakan kepada pelajar, pelajar menjawab slide pensyarah…🙈
Selalu saya tekankan di dalam kelas, perlu untuk pelajar mencari buku rujukan di library. Perbanyakkan latihan. Tidak terlalu mengharap pada module dan slide pensyarah..
Apapun, perkongsian dari En Zuki ini banyak manfaatnya. Kepada para pelajar dan juga pensyarah.
🙆






 




Saturday 12 November 2016

SAWAN




Image result for gadget addicted




Sebenarnya saya nak bercerita tentang ketagihan gajet atau pun gadget addict.. Tapi kenapa tajuk sawan ea? Sebab saya pernah tertengok (sebab jarang on tv) drama bertajuk Sawan. Tak follow dari awal, tapi dari scene yang saya tengok tu, berkaitan dengan suami yang mengalami masalah gadget addicted yang melampau.. So, saya pilih tajuk Sawan yang saya rasa sesuai sangat nak gambarkan masalah ni..

Sepanjang perjalanan saya ke tempat kerja yang berhari2, berbulan2, bertahun2, kerap sangat (hampir setiap kali pemanduan), saya berselisih dengan driver2 yang menggunakan smartphone semasa memandu. Kalau hands free, can be accepted la juga, tapi yang tengah driving, slide2, touch2 fon, memang sangat membahayakan. Membahayakan diri sendiri, dan paling teruk, anda juga membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Bagi saya sikap macam ni sangat melampau. Sangat tidak beradab. 

Kadang-kadang bila kita di belakang sesebuah kenderaan, kenderaan tersebut macam ditiup angin, kita yang dibelakang ni risau kot2 driver tu mengantuk, bila kita overtake, laaaa. Duk main phone rupanya… Melampau betul.. Ada yang menunggang motor, kepala menunduk ke bawah, ingatkan nak cover mata masuk habuk… Rupanya, duk baca message. Paling geram, bila di traffic light, boleh nampak driver tu buka FB.. Dalam keadaan macam tu pun, still nak update status? Still nak baca status kawan? Kita ni dah makin teruk.. Seperti menjadi hamba pada teknologi. Sepatutnta, kita gunakan ke arah yang lebih baik.. Bukan pada masa yang boleh membahayakan semua orang. 

Tidak dinafikan banyak kebaikan dari teknologi ni. Cuma, jangan salah guna. Dan, pandai2 la seimbangkan. Saya sangatlah menyokong usaha Dr. Shukri Abdullah, untuk memberi kesedaran pada semua terutamanya parents dalam penggunaan smartphone di kalangan anak2… Sebab banyak kesan buruk dari baiknya.. 

Kadang2, di kedai makan, masing2 dengan smartphone. Kita sibuk dekatkan dengan jauh, tapi yang dekat, semakin diabaikan.. Parents sering merungut, takde masa untuk anak2 sebab sibuk dengan kerja. Tapi status di FB, sentiasa updated. So?????
Di jabatan saya, ada beberapa rakan senior yang tidak mempunyai smart phone. Menggunakan email sebagai medium urusan kerja. Tetapi, performance kerja yang sangat bagus. Juga tidak pernah ketinggalan dalam apa jua latest info. Dan kami kami yang mempunyai smart phone juga tidak se “perform” mereka. So? Tepuk dada, Tanya iman.. 

#sekadarpemerhatiansendiritanpasokongandata
#jugasebagaiamaranpadadirisendiri

Monday 3 October 2016

Stereoisomers




Last week, saya ajar tajuk stereoisomers untuk class Organic Chemistry. Seperti class tahun2 sebelumnya, students agak blur untuk identify types of stereoisomers. Mungkin pagi ni, selepas amali, students akan lebih clear berkaitan tajuk ni.

Apa yang perlu tahu, apa yang dimaksudkan dengan isomers, stereoisomer, bagaimana nak identify isomer, chiral center dan sebagainya.


Chiral center
Type of stereoisomers
0
Achiral
1
Enantiomer
2+
Enantiomer + Diastereomer


So, boleh visit link ni Stereoisomers, untuk tambahkan lagi kefahaman anda semua. Banyakkan juga buat latihan ye. :)






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...