Al Hadid:4

Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

Monday 3 October 2016

Stereoisomers




Last week, saya ajar tajuk stereoisomers untuk class Organic Chemistry. Seperti class tahun2 sebelumnya, students agak blur untuk identify types of stereoisomers. Mungkin pagi ni, selepas amali, students akan lebih clear berkaitan tajuk ni.

Apa yang perlu tahu, apa yang dimaksudkan dengan isomers, stereoisomer, bagaimana nak identify isomer, chiral center dan sebagainya.


Chiral center
Type of stereoisomers
0
Achiral
1
Enantiomer
2+
Enantiomer + Diastereomer


So, boleh visit link ni Stereoisomers, untuk tambahkan lagi kefahaman anda semua. Banyakkan juga buat latihan ye. :)






Sunday 2 October 2016

Take 5 Minutes to Boost Your Health

Saya dalam kereta sementara menunggu abang long dan aloso potong rambut. Style budak2 sekarang, nak potong rambut pun di Barber Shop.

Punya banyak barber shop di Kluang, nak juga di Taman Universiti, Parit Raja ni. Memang fenomena kot Barber Shop ni. Tengok camne ghopernyer sat g. Hehe.

Sementara menunggu depa ni, saya cuba perah otak utk menulis. Tapi, sebab demam yang tak berapa nak kebah, rasa berat kepala, memang takde idea nak menulis. Nak study journal apatah lagi. Hehe. (alasan ita..).

Sambil2, saya membaca Reader's Digest (Sept, 2016) yang mmg park dlm keta ni.

Dalam column Health, ada article berkaitan Take Five Minutes - to boost your health.

*Relax
  Bermain jigsaw puzzle beberapa minit boleh membantu merehatkan otak.

*Quick massage
  Kadang2, bila kita terlalu lama menghadap komputer, badan kita akan rasa lenguh2, urat pun tegang semacam je kan. Ok, cari bola tenis, dan straight backed chair. Letak bola tenis di tempat2 yg kita rasa agak lenguh tu, dan sandar. As the ball starts to apply pressure to your back, tarik nafas n relax.. Repeat for a few times. Ahhh, leganya rasa ye tak..

*Get active
  Bangun dan buat beberapa kerja seperti basuh kain, buang sampah, basuh pinggan atau apa2 je untuk kurangkan tekanan. Mungkin dalam masa 15 to 20 minutes.. Kira rehat2kan otak lah lebih kurang.. :)

*First warm up
  Warm up. Valuable part of any workout. Sebelum mulakan exercise, spend 5 minutes for gently warm up.

*Banana power
  Bagi yang mengalami masalah sukar nak tidur, makan banana sebelum tidur. Banana sumber hatural bagi melatonin - sleep hormone. Ia juga sumber yang paling baik bagi tryptophan bagi menghasilkan serotonin iaitu feel good hormone yang membantu proses relaxation.


Jom kita try! :D

#ItaEjenSahDeXandra0177999975
#JombeliperfumeDeXandra
#DeXandraInspiredPerfumeLongLasting
#Produkmuslim

SALAM AWAL MUHARAM



SALAM MAAL HIJRAH
SALAM AWAL MUHARAM

Dah masuk tahun baru. Seperti tahun2 sebelumnya, sentiasa berazam untuk mencapai semua azam2 tu. Tapi selalu sangkut ditengah jalan. Phd, progress still slow moving. Labwork banyak lagi. SV dah minta draft thesis. Kalau student kita slow cenggini pun, sure kita hingaq kan…  hadoi… Banyaknya benda yang perlu disetelkan… Sem ni pun, workload agak tinggi, so saya kena pandai manage time. To do list penuh, tp yang done tick, sikit. Alahai ita. Guane demo…
Meh saya share kaedah pengurusan mata dengan bijak, untuk panduan diri saya sendiri dan rakan2 yang mengalami masalah sama dengan saya. :)

1.    Jangan bertangguh
Suka bertangguh nilah yang menjadi punca utama semua kerja tergendala. Ada perkara yang boleh kia tangguhkan, ada perkara yang memerlukan kita terus selesaikan dengan segera. So, nak tahu mana yang boleh tangguh mana yang tidak, kita kena tahu priority kerja tu. Kena tengak kepentingan dan urgency setiap kerja tu. Then susun… 

2.   Sentiasa tanya apa nak buat
Kena sentiasa fikir apa nak buat lepas ni… susun semua kerja tu dalam kepala otak (fikirlah maksudnya). Paling mudah, buat jadual kerja.. pastu transfer ke to do list. Tak kisah la sama ada dalam tab, organizer, kertas atau sebagainya. Ikut keselesaan masing2. 

3.   Work station yang sentiasa kemas.
Bila workstation kemas, barulah sentiasa bersemangat nak buat kerja. J Hanya ada benda2 penting je atas meja tu. Jangan serabut2. 

4.   Jangan banyak berangan.
Jangan berangan, jangan leka especially bila buka FB. Kalau boleh, disconnect kejap dengan FB. Boleh melencongkan niat asal kita kalau kita ni tak kuat iman. Huhu. L Dari nak cari info, nanti ternampak post2 deko rumah cantik2, resipi2, haaa, mulalah lupa niat asal… 

5.   Sediakan checklist
Untuk mudahkan kita check semula status n progress kerja kita ni, kita sediakan checklist. Tandakan semua kerja yang berjaya disiapkan. Tuliskan due bagi kerja yang still in progress. Highlightkan benda2 penting.

J Setakat ni, 5 tips je dulu. Nampak sikitkan. Tapi, tak tahulah yang sikit ni kita boleh follow ke tak.

Jom kita sama2 cabar diri kita untuk berubah ke arah yang lebih baik… J

Seperti kata Irfan Khairi, berpeluang untuk menjadi lebh baik. Kagum sangat dengan beliau ni. Masa sentiasa penuh. Tapi tetap aktif dan bersemangat.


 Mula la terbayang muka Irfan Redza. Abang long, aloso, belajar rajin ye sayang. Jadi anak yang berilmu dan sentiasa beramal soleh.. :)


#ItaEjenSahDeXandra0177999975
# DeXandraInspiredPerfumes
#ChooseandOrder

Saturday 1 October 2016

SALAM MAAL HIJRAH

Lagi beberapa minit, kita akan meninggalkan tahun 1437H dan memasuki tahun 1438H. Sedih mengingatkan banyak azam yang tak sempat ditunaikan. Sedih juga mengenangkan banyak dosa2 dan kelalaian yang dilakukan. :(

Betapa Allah sayangkan kita. Masih berlembut di atas segala kelalaian kita. Allah melayan kita seperti raja. Tapi kita? Hanya mengingati Nya dikala susah. Astaghfirullah hal'azim. Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang mensyukuri nikmat2 Mu ya Allah. 

Semoga kedatangan tahun ni, membawa perubahan yang lebih positif. Nak solat on time.. Nak buat kerja on time. Nak lebih productive dan progressive. :)


DOA AKHIR TAHUN

DOA AWAL TAHUN

#ItaEjenSahDeXandra0177999975

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...