Alhamdulillah.. Pagi tadi, Allah izin saya mendengar kuliah subuh Tuan Guru Sheikh ABu Zaki. Terselit dalam kuliah tersebut kisah Saidina Umar dan Saidina Usman. Semasa Saidina Umar sedang meberi khutbah solat jumaat, kelihatan Saidina Usman yang tiba lewat dan terus duduk di barisan hadapan. Saidina Umar terus memandang Saidina Usman. Saidina Usman faham pandangan tersebut yang seperti meminta penjelasan. Lalu, Saidina Usman meminta maaf di atas kelewatan, dan memaklumkan bahawa beliau mempunyai sedikit urusan di bandar, dan terus bergegas ke masjid untuk solat Jumaat.
Lalu Saidina Umar terus berkata, "Jadi kau terus ke masjid tanpa mandi sunat? Bukankah kau tahu yang Baginda Nabi saw telah pesan untuk mandi sunat sebelum solat Jumaat?"
Teruk Saidina Usman kena marah dengan Saidina Umar 😊 (Bukan marah gaduh. Marah kawan2 yang beri nasihat).
So, nak habaq kat sini, betapa sahabat Nabi, sangat mengambil berat akan setiap pesanan Nabi saw.
Cuba bandingkan dengan kita? Adakah kita ambil berat akan semua sunnah Nabi? Adakah kita bersungguh melaksanakan perintah Allah?
Bangun awal pagi pun kita dah tewas. Bukan berperang dengan musuh, tapi berperang dengan nafsu sendiri sahaja kita dah kalah. Adakah kita rasa kita mampu masuk ke syurgaNya????
ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Ya Allah. Ampunkanlah segala dosa2 kami..
No comments:
Post a Comment