Baik buruknya hari kita, adalah bermula dengan bagaimana kita mulakan hari itu. Sebab itulah, Islam sangat-sangat mengajar kita, untuk bangun awal setiap hari. Islam juga, mendidik kita, bagaimana memulakan hari di setiap hari.
Islam mengajar kita, untuk bangun seawal pagi. Mulakan seawal pagi itu dengan solat tahajud. Solat tahajud ini, mengajar kita untuk memohon keberkatan untuk hidup kita pada hari itu dari Allah. Dengan solat tahajud ini juga, ia mengajar kita untuk meletakkan sepenuh kebergantungan kita hanya pada Allah.
Seawal kita mencelik mata ketika bangun pagi itu, Islam juga mengajar kita untuk mengucapkan doa bangun pagi.
Dengan doa ini, kita mengucapkan syukur pada Allah, yang telah menghidupkan kita semula, yang membangunkan kita semula dari tidur.
Selepas mengucapkan syukur pada Allah, tanda kita bersyukur, tanda kita mengharapkan pertolongan Allah, lakukanlan solat tahajud. Kita adalah hambaNya yang sangat lemah. Pasti banyak beban yang kita tanggung setiap hari. Luahlah, rintih la, mohon lah sepenuhnya hanya pada Allah. Mohonlah keberkatan untuk hari itu, mohonlah kemudahan untuk hari itu dan seterusnya.
Apabila kita mulakan seawal pagi kita dengan menghadapNya, pasti urusan kehidupan kita pada haritu tersebut, kita dapat lalui dengan tenang.
Ini semua mengajar kita untuk menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab dan disiplin. Hidup yang direhai Allah, pasti dikurniakan kejayaan dunia dan akhirat. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment