Al Hadid:4

Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

Wednesday 22 May 2013

DAU10102- FINAL EXAM


Assalamualaikum n good day.

Salam final exam. Dan diharapkan para pelajar telah bersedia mental dan fizikal. Jaga kesihatan. Semoga dapat menjawab dengan tenang dan cemerlang.

Bagi paper DAU10102
Part A (wajib jawab semua)
-    20 soalan objective
-    Merangkumi semua chapter yang telah dipelajari
.
Part B (wajib jawab semua)
-    Chapter 8: Forensic analysis of paper
-    Chapter 7: Chemistry of polymer.
§  Formula structure, chemical reaction, etc.

Part C (Jawab satu dari tiga soalan)
-    Chapter 1: Forensic science
§  Flow of forensic analysis, etc
-    Chapter 2: Instrumentation
§  Spectroscopy
§  Microscope
-    Chapter 3: Drug analysis
§  Turbo pharmacology
§  Drug as evidence
-    Chapter 4: Forensic drug analysis
§  Presumptive color test
§  Microcrystal test
-    Chapter 6: Forensic analysis of inks and paints
-    Chapter 5: Combustion and arson

Selamat berjuang! Tetapi ingat.. Perjuangan anda tidak tamat di sini.. Teruskan perjuangan anda dalam menjadi pelajar dan insan cemerlang. Inshaa Allah J

Wednesday 15 May 2013

Always On Time









Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk para sahabat dan para pelajar..

Kali ini, ingin saya sentuh berkaitan dengan ketepatan dan menepati masa.

Menepati masa bermaksud melakukan kerja tepat pada masa dan waktu yang telah ditetapkan. Ini kerana, masa yang telah berlalu tidak dapat kembali semula. Betapa ramai di antara kita yang rugi akibat tidak menepati masa. Seperti yang telah dinyatakan dalam surah al – ashr (1 & 2), demi masa sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian…

Sedari kecil, kita telah ditanamkan bahawa “masa itu emas”. Kenapa??? Kerana untuk menggambarkan betapa berharganya dan bernilainya masa itu. Bahkan, ia boleh dikata lebih berharga dari emas kerana masa tidak dapat diundur dan diulang kembali. Betapa ramai di antara kita yang pernah berkata, alangkah baiknya jika masa dapat diundur kerana tidak sempat berbuat sesuatu yang benar2 kita harapkan..

Ramai pelajar kini, yang semakin mengambil ringan dalam soal menepati masa. Ada yang hadir ke kuliah 30 minit lewat. Tidak kurang juga ada yang berani lewat untuk hadir dalam ujian peperiksaan sehingga 30 minit. Tidakkah difikirkan akan kesan dari kelewatan itu?

Ciri menepati masa ini juga mencerminkan peribadi seseorang individu. Mereka yang menepati masa, biasanya lebih Berjaya dalam menguruskan masa dan lebih cemerlang dalam kehidupan berbanding mereka yang gagal menguruskan masa dengan bijak.
Secara kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa nilai moral menepati masa merupakan nilai yang perlu ada oleh setiap individu tanpa mengira batasan budaya, masyarakat dan kelompak individu. Kejayaan seseorang individu bergantung kepada sikap menepati waktu sama ada di dalam aktiviti harian, kerja dan juga dalam melaksanakan tanggungjawab.

Kita tergolong di dalam golongan yang mana????

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...