Al Hadid:4

Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
Showing posts with label motivasi diri. Show all posts
Showing posts with label motivasi diri. Show all posts

Friday, 6 February 2026

Pernah tak..

 ... kita rasa, macam malas nak buat apa-apa. Malas nak bekerja. Malas nak bergerak. Kita sebenarnya bukan tiada hala tuju. Tapi, kita dah selesa. Dah tersekat pada zon selesa. Yang buatkan kita malas nak berfikir. Malas nak terima cabaran baru. Betul kan? 

Sebenarnya, ramai antara kita gagal, bukan sebab kita tak pandai. Tapi, sebab kita selalu bertangguh. Tak kiralah apa situasi kita. Jika kita sebagai pelajar, kita gagal kerana kita selalu bertangguh. Dan kita sering beri alasan - tak cukup masa. Atau kita selalu katakan, belum sampai masanya. 

Kita sering gagal dalam menikmati waktu sihat dan waktu lapang. Di waktu sihat dan di waktu lapang kita, banyak kita habiskan masa dengan scrolling perkara-perkara yang membuang masa. 

Setuju atau tidak, itulah yang ramai di antara kita lakukan dan sedang lakukan mungkin. 

Dalam pada kita leka scrolling media so"sial", kita sebenarnya sedang bazirkan masa yang paling berharga dalam hidup kita. Masa, umur, ini adalah perkara utama yang akan dinilai oleh Allah Taala di hari perhitungan kelak. Apa kita nak jawab di hadapan Allah kelak tentang bagaimana masa kita digunakan? Bagaimana masa kita dihabiskan? 

Bangkitlah, berubahlah. Jangan biarkan syaitan terus membisikkan rasa bertangguh dalam hati kita. Bangun, bertekadlah untuk jadi orang yang lebih berjaya. Ubah rutin kita. Jadi pelajar yang bersemangat dan bertanggungjawab dengan masa hadapan. Jadi anak yang mampu membanggakan keluarga. Yang paling penting, jadilah hamba Allah yang lebih berilmu dan berjaya. 

Jom jadi lebih berjaya

DrRR

Wednesday, 16 April 2025

Habluminnallah habluminannas

 



Dalam apa juga hubungan kita sesama manusia, konsep dia, jaga hubungan dengan Allah taala. Nak apapun, jaga hubungan dengan Allah. Itu je sifir dia. Sifir kehidupan.
Bila kita jaga hubungan kita dengan Allah, Allah akan jaga, pelihara semua keperluan kita. Termasuklah hubungan dengan manusia. 

Macam mana hubungan dengan Allah tu? Solat je dah cukup ke? 

Jaga hubungan tu, maksudnya, betul-betul menjaga. Dari segi, masa, kualiti, dan sebagainya. 

Contoh, cepat datang bila Allah panggil. Waktu bila Allah panggil kita? Waktu azan. 

Maksudnya, dengar je azan, dah dalam keadaan ready nak solat.

Lepas tu, menghadap Allah walau time Allah tak panggil kita. Mengadu semua pada Allah atas semua urusan seharian kita. Waktu bila kita nak menghadap Allah time Allah tak panggil tu? Solat2 sunat. Tahajud, taubat, hajat, dhuha.. Puasa sunat..

InsyaAllah, kalau kita buat semua ni. Semua keperluan kita Allah cukupkan. Allah berikan ketenangan dalam hati kita. Allah beri kebahagiaan dalam kehidupan kita. Allah rezekikan kita anak2 yang soleh. InsyaAllah.

Sebab Allah dah janji. Bukti? Salah satunya yang Allah rakamkan dalam surah Al mu'minun ayat 111, dan surah Luqman, ayat 22. Masih tidak yakin lagikah kita dengan janji-janji Allah swt, yang tidak pernah memungkiri janji.




Jom sama-sama kita amalkan, insyaAllah. 


Saturday, 15 March 2025

Ujian Kesakitan

 Ada di antara kita yang diuji dengan kesakitan. 

Berat, sangat berat. Berat mata memandang, apatah lagi beratnya bahu yang memikul. 

Namun, dalam mengharungi ujian ini, yakinlah kita, ada hikmah yang Allah Taala nak beri. 

Sesungguhnya apa yang Allah susun, tiada yang sia-sia. Semuanya ada proses, dan semua itu, kerana Allah Taala nak kita berfikir. Allah Taala nak kita ingat pada Dia. Allah Taala nak, kita kembali, memohon dan merintih padaNya. 

Dalam apa jua ujian, ujian yang pelbagai, kewangan, kesihatan, emosi, dan sebagainya, yang Allah nak measure, yang Allah pandang, kesabaran kita. SABAR. Walau apapun. Dan, sabar itu, tidaklah mudah. Tak mudah. Sangat payah. Sangat berat. Allah.. 


Tapi, siapalah kita untuk menidakkan semua. Yakinlah, setiap kesabaran tu, ada ganjaran yang Allah nak bagi pada hambaNya.









Semua perkara dalam penyaksian dan rakaman Allah swt.



Dalam melalui kehidupan seharian, kekadang kita tak terlepas dengan keadaan di mana, kita rasa, "asyik semua je aku kena buat. Kerja ni pun aku, kerja tu pun aku.."

Perasaan macam tu, akan menyebabkan kita hilang mood nak buat kerja tu kan. 

Alhamdulillah, hari ni, Allah izin, saya berjumpa dengan ayat Allah ni. 


Ringkas je ayat ni, tapi seakan memberi semangat pada kita. 
Allah beritahu kita, tiada amalan yang sia-sia. Semua dalam penyaksian dan rakaman Allah. 

Baik yang kita buat, baiklah ganjaranNya. 
Buruk perbuatan kita, ketahuilah azab Allah amat keras. 

jom, jadikan ayat ni, motivasi untuk harini. 


Wednesday, 5 March 2025

3 Ramadan 1446

 

Pejam celik, dah 3 hari kita berpuasa. Usahakan agar, kita beramal dengan bersungguh-sungguh dalam ramadhan kali ni. 




Hadith di atas, statusnya adalah dhaif. Teramat lemah, tetapi masih boleh diamalkan kerana, secara keseluruhan, bulan ramadhan adalah bulan yang penuh dengan rahmat, bulan pengampunan dan bulan pelepasan api neraka. 


Sama-sama kita usahakan, gandakan amalan kita, agar kita mendapat rahmat, pengampunan dari Allah swt, seterus, kita dijauhkan dari azab api neraka. 


Sempat lagi untuk kita plan aktiviti/amalan untuk kita buat dalam Ramadhan ni. Buat checklist supaya, aktiviti kita tersusun. 


1. Berazam untuk solat di awal waktu. 

2. Target untuk khatam di bulan ramadhan. Pastikan mengaji setiap kali selepas solat. 

3. Jangan buat perkara yang sia2. 

4. Kurangkan bercakap. 


Banyak lagi goal yang kita boleh masukkan dalam checklist ni. 

Ingat, fail to plan, meaning that we are planning to fail. 

Wednesday, 12 February 2025

Redha dan Tawakal

 

Kelmarin saudara menghubungi saya. Dia ceritakan, melepaskan semua perasaan tidak mampunya pada saya. 

Dia saat ini, sedang diuji dengan kesihatan anaknya. Kelahiran yang sangat dinantikan. 

Saya yang mendengar (saudara sangat rapat), bukan sahaja mendengar, melihat dia mengharungi semua itu, memang sangat berat. 

Tiada ucapan yang mampu untuk saya berikan. Berat mata memandang, sudah pasti lebih berat bahu yang memikul. Saya juga tidak tahu, jika saya berada di tempatnya, adakah saya mampu lalui. 

Cuma, saya hanya boleh berikan kata2 semangat padanya. Ya, saya yakin, dia kuat. Saya yakin dia tabah. Jika tidak, masakan dia boleh lalui tempoh sebegitu sepanjang 8 bulan ni kan. 

Saya katakan pada dia. Bersabar, redha dan tawakal lah.. 
Ya, bukan mudah untuk sabar kan. Tapi, yakinlah, sabar ini, tiada hadnya. Andai terasa berat. Terasa kemampuan sudah di kemuncak, merintihlah pada Allah. Luahkan pada Nya, rasa tidak mampu kita. Hanya Dia yang maha tahu. Dia tahu yang kita tidak mampu. Kita luahkan, rintihlah padaNya. 

Walau berat, kita cubalah untuk bersabar. Kerana apa? Kerana kita yakin apa yang Allah nak beri di sebalik ujian ini. Kerana kita yakin, Allah akan sentiasa bersama2 kita dalam perjalanan mengharungi ujian ini. Redhalah. Lepaskan semuanya pada Allah.  لا حول ولا قوة الا بالله

Kita serahkan semuanya pada Allah. Yakin pada Allah. Serahkan semuanya. Kita hambaNya. Kita lemah, Allah tahu semua tu. 


Mudah ke nak redha? Mudah ke nak sabar? 

memang susah. Memang payah. amat amat payah. Amat amat berat. 
Tapi, usahakanlah. Kerana apa? Kerana syurga bukan percuma. 

Alangkan nak masuk public toilet yang busuk dan hancing juga perlukan bayaran. inikan pula syurga Allah yang indah dan harum. 

Pejam mata, tarik nafas. Dan katakan pada diri. Aku lalu semua ini, aku lakukan semua ini, hanya keranaMu ya Allah.. 

RR



Sunday, 22 January 2017

Plan your work, work your plan

Image result for Plan your work, work your plan



 




Saya cuba untuk siapkan technical paper seperti yang diminta oleh Penyelaras Projek. Seingat saya, saya dah siapkan dah email semula. Atau mungkin perlu dimurnikan lagi? Ok, saya plan untuk siapkan pada hari ni. Oh, petang ni ada meeting jabatan. Oh, petang ni juga saya plan untuk masuk lab sebab sv dah tanya progress. 

Lama sungguh saya hentikan lab work lantaran terlalu sibuk dengan class, markah pelajar, supervise pelajar FYP 😎

Campur pula dengan keadaan tangan yang masih tak berapa ok. 😞 Ya Allah, berikan lah kesihatan yang baik pada ku.. 

Harap semua ni under control.. jangan stress Ita.. 😫 Plan your work, work your plan.. Hokai






























Thursday, 8 December 2016

PENGAJIAN PONDOK UNIVERSITI

Title: Pengajian Pondok Universiti Musim ke-3 3 Nov 2016
Info: Penceramah: Ustaz Abu Zaki Bin Yusuf Tajuk Kitab : Kitab Penawar Bagi Hati
http://ucitv.uthm.edu.my

Saturday, 12 November 2016

SAWAN




Image result for gadget addicted




Sebenarnya saya nak bercerita tentang ketagihan gajet atau pun gadget addict.. Tapi kenapa tajuk sawan ea? Sebab saya pernah tertengok (sebab jarang on tv) drama bertajuk Sawan. Tak follow dari awal, tapi dari scene yang saya tengok tu, berkaitan dengan suami yang mengalami masalah gadget addicted yang melampau.. So, saya pilih tajuk Sawan yang saya rasa sesuai sangat nak gambarkan masalah ni..

Sepanjang perjalanan saya ke tempat kerja yang berhari2, berbulan2, bertahun2, kerap sangat (hampir setiap kali pemanduan), saya berselisih dengan driver2 yang menggunakan smartphone semasa memandu. Kalau hands free, can be accepted la juga, tapi yang tengah driving, slide2, touch2 fon, memang sangat membahayakan. Membahayakan diri sendiri, dan paling teruk, anda juga membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Bagi saya sikap macam ni sangat melampau. Sangat tidak beradab. 

Kadang-kadang bila kita di belakang sesebuah kenderaan, kenderaan tersebut macam ditiup angin, kita yang dibelakang ni risau kot2 driver tu mengantuk, bila kita overtake, laaaa. Duk main phone rupanya… Melampau betul.. Ada yang menunggang motor, kepala menunduk ke bawah, ingatkan nak cover mata masuk habuk… Rupanya, duk baca message. Paling geram, bila di traffic light, boleh nampak driver tu buka FB.. Dalam keadaan macam tu pun, still nak update status? Still nak baca status kawan? Kita ni dah makin teruk.. Seperti menjadi hamba pada teknologi. Sepatutnta, kita gunakan ke arah yang lebih baik.. Bukan pada masa yang boleh membahayakan semua orang. 

Tidak dinafikan banyak kebaikan dari teknologi ni. Cuma, jangan salah guna. Dan, pandai2 la seimbangkan. Saya sangatlah menyokong usaha Dr. Shukri Abdullah, untuk memberi kesedaran pada semua terutamanya parents dalam penggunaan smartphone di kalangan anak2… Sebab banyak kesan buruk dari baiknya.. 

Kadang2, di kedai makan, masing2 dengan smartphone. Kita sibuk dekatkan dengan jauh, tapi yang dekat, semakin diabaikan.. Parents sering merungut, takde masa untuk anak2 sebab sibuk dengan kerja. Tapi status di FB, sentiasa updated. So?????
Di jabatan saya, ada beberapa rakan senior yang tidak mempunyai smart phone. Menggunakan email sebagai medium urusan kerja. Tetapi, performance kerja yang sangat bagus. Juga tidak pernah ketinggalan dalam apa jua latest info. Dan kami kami yang mempunyai smart phone juga tidak se “perform” mereka. So? Tepuk dada, Tanya iman.. 

#sekadarpemerhatiansendiritanpasokongandata
#jugasebagaiamaranpadadirisendiri

Saturday, 1 October 2016

SALAM MAAL HIJRAH

Lagi beberapa minit, kita akan meninggalkan tahun 1437H dan memasuki tahun 1438H. Sedih mengingatkan banyak azam yang tak sempat ditunaikan. Sedih juga mengenangkan banyak dosa2 dan kelalaian yang dilakukan. :(

Betapa Allah sayangkan kita. Masih berlembut di atas segala kelalaian kita. Allah melayan kita seperti raja. Tapi kita? Hanya mengingati Nya dikala susah. Astaghfirullah hal'azim. Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang mensyukuri nikmat2 Mu ya Allah. 

Semoga kedatangan tahun ni, membawa perubahan yang lebih positif. Nak solat on time.. Nak buat kerja on time. Nak lebih productive dan progressive. :)


DOA AKHIR TAHUN

DOA AWAL TAHUN

#ItaEjenSahDeXandra0177999975

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...