Al Hadid:4

Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
Showing posts with label MINE. Show all posts
Showing posts with label MINE. Show all posts

Wednesday, 16 April 2025

Habluminnallah habluminannas

 



Dalam apa juga hubungan kita sesama manusia, konsep dia, jaga hubungan dengan Allah taala. Nak apapun, jaga hubungan dengan Allah. Itu je sifir dia. Sifir kehidupan.
Bila kita jaga hubungan kita dengan Allah, Allah akan jaga, pelihara semua keperluan kita. Termasuklah hubungan dengan manusia. 

Macam mana hubungan dengan Allah tu? Solat je dah cukup ke? 

Jaga hubungan tu, maksudnya, betul-betul menjaga. Dari segi, masa, kualiti, dan sebagainya. 

Contoh, cepat datang bila Allah panggil. Waktu bila Allah panggil kita? Waktu azan. 

Maksudnya, dengar je azan, dah dalam keadaan ready nak solat.

Lepas tu, menghadap Allah walau time Allah tak panggil kita. Mengadu semua pada Allah atas semua urusan seharian kita. Waktu bila kita nak menghadap Allah time Allah tak panggil tu? Solat2 sunat. Tahajud, taubat, hajat, dhuha.. Puasa sunat..

InsyaAllah, kalau kita buat semua ni. Semua keperluan kita Allah cukupkan. Allah berikan ketenangan dalam hati kita. Allah beri kebahagiaan dalam kehidupan kita. Allah rezekikan kita anak2 yang soleh. InsyaAllah.

Sebab Allah dah janji. Bukti? Salah satunya yang Allah rakamkan dalam surah Al mu'minun ayat 111, dan surah Luqman, ayat 22. Masih tidak yakin lagikah kita dengan janji-janji Allah swt, yang tidak pernah memungkiri janji.




Jom sama-sama kita amalkan, insyaAllah. 


Saturday, 15 March 2025

Ujian Kesakitan

 Ada di antara kita yang diuji dengan kesakitan. 

Berat, sangat berat. Berat mata memandang, apatah lagi beratnya bahu yang memikul. 

Namun, dalam mengharungi ujian ini, yakinlah kita, ada hikmah yang Allah Taala nak beri. 

Sesungguhnya apa yang Allah susun, tiada yang sia-sia. Semuanya ada proses, dan semua itu, kerana Allah Taala nak kita berfikir. Allah Taala nak kita ingat pada Dia. Allah Taala nak, kita kembali, memohon dan merintih padaNya. 

Dalam apa jua ujian, ujian yang pelbagai, kewangan, kesihatan, emosi, dan sebagainya, yang Allah nak measure, yang Allah pandang, kesabaran kita. SABAR. Walau apapun. Dan, sabar itu, tidaklah mudah. Tak mudah. Sangat payah. Sangat berat. Allah.. 


Tapi, siapalah kita untuk menidakkan semua. Yakinlah, setiap kesabaran tu, ada ganjaran yang Allah nak bagi pada hambaNya.









Thursday, 6 March 2025

Redha


Kita selal mohon keredhaan Allah. Mohon Allah redha pada kita untuk kita masuk ke syurga. 

Mohon redha Allah unuk setiap perbuatan kita.


Tapi, pernah tak kita fikir, adakah kita redha untuk setiap ujian Allah pada kita? 


Mulut kita selalu sebt, "Aku redha Allah uji begini begini.."

Tapi, adakah perbuatan kita, menunjukkan yang kita redha atas ujian itu? 

Kita mengeluh. Kita sakit hati dengan orang, dan macam-macm lagi. Adakah itu maksud redha?


Ya Allah. Ampunilah segala dosa kami. Sucikanlah hati, dan baikilah segala urusan harian kami. 


Wednesday, 5 March 2025

3 Ramadan 1446

 

Pejam celik, dah 3 hari kita berpuasa. Usahakan agar, kita beramal dengan bersungguh-sungguh dalam ramadhan kali ni. 




Hadith di atas, statusnya adalah dhaif. Teramat lemah, tetapi masih boleh diamalkan kerana, secara keseluruhan, bulan ramadhan adalah bulan yang penuh dengan rahmat, bulan pengampunan dan bulan pelepasan api neraka. 


Sama-sama kita usahakan, gandakan amalan kita, agar kita mendapat rahmat, pengampunan dari Allah swt, seterus, kita dijauhkan dari azab api neraka. 


Sempat lagi untuk kita plan aktiviti/amalan untuk kita buat dalam Ramadhan ni. Buat checklist supaya, aktiviti kita tersusun. 


1. Berazam untuk solat di awal waktu. 

2. Target untuk khatam di bulan ramadhan. Pastikan mengaji setiap kali selepas solat. 

3. Jangan buat perkara yang sia2. 

4. Kurangkan bercakap. 


Banyak lagi goal yang kita boleh masukkan dalam checklist ni. 

Ingat, fail to plan, meaning that we are planning to fail. 

Wednesday, 12 February 2025

Redha dan Tawakal

 

Kelmarin saudara menghubungi saya. Dia ceritakan, melepaskan semua perasaan tidak mampunya pada saya. 

Dia saat ini, sedang diuji dengan kesihatan anaknya. Kelahiran yang sangat dinantikan. 

Saya yang mendengar (saudara sangat rapat), bukan sahaja mendengar, melihat dia mengharungi semua itu, memang sangat berat. 

Tiada ucapan yang mampu untuk saya berikan. Berat mata memandang, sudah pasti lebih berat bahu yang memikul. Saya juga tidak tahu, jika saya berada di tempatnya, adakah saya mampu lalui. 

Cuma, saya hanya boleh berikan kata2 semangat padanya. Ya, saya yakin, dia kuat. Saya yakin dia tabah. Jika tidak, masakan dia boleh lalui tempoh sebegitu sepanjang 8 bulan ni kan. 

Saya katakan pada dia. Bersabar, redha dan tawakal lah.. 
Ya, bukan mudah untuk sabar kan. Tapi, yakinlah, sabar ini, tiada hadnya. Andai terasa berat. Terasa kemampuan sudah di kemuncak, merintihlah pada Allah. Luahkan pada Nya, rasa tidak mampu kita. Hanya Dia yang maha tahu. Dia tahu yang kita tidak mampu. Kita luahkan, rintihlah padaNya. 

Walau berat, kita cubalah untuk bersabar. Kerana apa? Kerana kita yakin apa yang Allah nak beri di sebalik ujian ini. Kerana kita yakin, Allah akan sentiasa bersama2 kita dalam perjalanan mengharungi ujian ini. Redhalah. Lepaskan semuanya pada Allah.  لا حول ولا قوة الا بالله

Kita serahkan semuanya pada Allah. Yakin pada Allah. Serahkan semuanya. Kita hambaNya. Kita lemah, Allah tahu semua tu. 


Mudah ke nak redha? Mudah ke nak sabar? 

memang susah. Memang payah. amat amat payah. Amat amat berat. 
Tapi, usahakanlah. Kerana apa? Kerana syurga bukan percuma. 

Alangkan nak masuk public toilet yang busuk dan hancing juga perlukan bayaran. inikan pula syurga Allah yang indah dan harum. 

Pejam mata, tarik nafas. Dan katakan pada diri. Aku lalu semua ini, aku lakukan semua ini, hanya keranaMu ya Allah.. 

RR



Friday, 9 August 2024

Vertigo dan kenangan

 Baru-baru ni, Allah uji dengan vertigo. Alhamdulillah, tak lama, cuma bila vertigo dah menyapa, ekor2nya tu masih ada. 


Jadi, nak stable tu, makan masa juga, bila pergerakan tak dapat balance dengan sepenuhnya. 


Sepanjang hari, tak lekang dengan minyak angin, untuk buat keadaan bertambah selesa. Sapu di belakang, tengkuk dan sebagainya. 


Teringat pula moments semasa menjaga meksu di Hospital Besar Kangar. Sebulan juga berkampung di hospital, sementara tunggu meksu sedar. Alhamdulillah, banyak ajar kehidupan. 


Pesakit katil sebelah yang silih berganti. Ada juga yang lama. Rata-rata mempunyai sakit buah pinggang. 


Berbual dengan ahli keluarga pesakit yang meneman, berbual dengan pesakit, subhanallah, pengalaman yang sangat berharga. 


Ada pesakit (Staf perodua) buah pinggang. Sedang melalui peringkat dialisis. Muda lagi. Muda dari aku. 
Bila malam, dia rasa tak selesa. Panas, tidur di lantai, tak selesa. Baring di katil, juga tak selesa. Aku bantu sapukan minyak angin di bahagian belakang. 

Semoga Allah kurniakan kesembuhan untuk dia, dan semua pesakit. 
Allahu, ujian kita berbeza. Allah ujia kerana sayangkan kita. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita, mudahkan ujian kita. InsyaAllah. 


Semoga kita semua dalam peliharaanNya. InsyaAllah. 




Monday, 11 September 2017

Destinasi yang abadi

Sejujurnya, saya masih bersedih di atas pemergian suami kepada sahabat baik saya. 

Pagi Jumaat, Angah - kami bertiga adalah sahabat baik semasa bersekolah menengah di mana kami sama2 aktif dalam PSSGM. Disebab kan saya lahir hujung tahun, mereka memanggil saya Adik. So di sini, ada Along, Angah dan saya - Adik. 

Jumaat lepas, Angah message saya tanya, 

Adik, dah pergi tengok along?

Eh, kenapa angah? Along kenapa?

Dalam keadaan yang teramat sibuk, saya dah semakin jarang on FB, so, memang saya tak tahu apa yang berlaku ada Along. 

serentak dengan itu, saya terus scroll FB. Di wall Along, penuh dengan ucapan takziah.. Baru saya tahu, ALong baru kehilang suaminya yang tersayang. TErkejut. Tersentak. Baru juga berbual dengan along sebelum ni. Langsung saya tak tahu berkaitan kesihatan suaminya. Cuma, saya dapat rasakan betapa Along merasakan kehilangan. 

Saya pernah kehilangan Allahyarham abah. Saya dapat lihat betapa mama sangat terasa kehilangan. Kehilangan teman sejiwa yang sentiasa bersama. 

Apatah lagi Along yang masih mempuanya anak2 yang masih bersekolah. Apapun, Allah lebih menyayangi mereka. Allah maha tahu. Dugaan untuk Along sekeluarga. 

Saya sentiasa doakan Along tabah, dan kuat demi anak2 mereka. 

Kita juga akan menuju ke sana. Kematian, suatu yang pasti. 

Semoga Allah mencucuri rahmat mereka yang terdahulu meninggalkan kami bertemu dengan Mu. 

Semoga kita dapat menghadapNya dalam keadaan yang sangat baik. 

Al fatihah untuk mereka yang telah meninggalkan kita. 

Dan apa yang saya rasakan, - untuk lebih menghargai orang2 di sekeliling saya. Yang saya sayang. 

Image result for al fatihah

Friday, 14 July 2017

ABAH

Bulan ni adalah bulan yang sangat sibuk untuk saya. 2 minggu ni, jadual saya padat dengan kursus. Selepas ni, terlibat dengan bengkel untuk pemurnian kursus pula. Kemudian saya ada conference lagi. Ohh, alahai... 

Berjaga seawal 2.30 pagi hingga kini menyiapkan segala tugasan. Dalam kesunyian, terselit kerinduan yang teramat pada abah. Rindu sangat pada abah. Semoga Allah pelihara abah di sana. Selesakan abah di sana. Semoga Allah jaga abah di sana sebaik2nya, seperti mana abah jaga kami sangat baik dari kecil hingga besar. Kami semua sayang abah sangat. Al fatihah. 



Saturday, 8 July 2017

Persaudaraan yang menyatukan

Image result for menjaga hubungan orang beriman





Orang yang saling menyayangi, mencintai, adalah salah  satu tanda bagi orang2 yang beriman.

Tanda2 ketaqwaan seseorang adalah apabila ia menjaga hubungannya dengan saudaranya. Menjaga lisannya ketika berhadapan dengan saudaranya apatah lagi saudara seagamanya.

Berikut adalah sedikit intipati khutbah Jumaat hari ini..

Menjaga lisan sesama saudara seagama.. Bagaimana pula kalau saudara sedarah daging? Mungkin mudah bagi sesetengah kita. Namun, mungkin berat bagi segelintir kita. Apapun, beradab la. Adab dan akademik adalah perkara yang berbeza.

#SayaTahuAsalUsulSaya
#SayaBukanKacangLupakanKulit
#SayaTakPandaiBisnesPunDown

#KeraDiHutanDisusukanAnakDiRumahKelaparan


Monday, 15 May 2017

Struggling till the end








Struggling till the end.. Haha.. Caption bukan main. Dalam hati nak nangis.. Allah je tahu... Paper kena submit esok. Dengan Longsyor demam panas. Syian anak2 mama.. InsyaAllah.. Ada cahaya di hujung sana. 😍

Takleh cakap banyak. Nak siapkan kerja dulu. Nanti saya share berkaitan presentation.

Kalau ada nak perfume DeXandra, still open for order. hehe. 
#www.wasap.my/60177999975

















Tuesday, 25 April 2017

Ibrah

https://www.slideshare.net/SyaariRahman/indahnya-surah-alkahfi

HUTANG

Image result for hutang 

(google image - sekadar hiasan) 



Time2 yang sangat kritikal sebenarnya. Penyediaan soalan final exam, time2 ni juga students FYP perlukan SV sebab dah minggu ke week 11. Masa untuk family pun, agak kucar kacir. Mungkin pengurusan masa saya yang sangat tidak bagus..

Tapi semua tu, insyaAllah, still well manage.. Cuma dalam kekalutan semua tu, terselit message seorang kenalan, yang bertanyakan seorang rakan kami - "Ita, M dah bayar hutang u?" Duit I dia tak bayar lagi. I call, dah x valid no nya.." ... so, terbayang seketika wajah rakan yang dimaksudkan..

M seorang yang berkerjaya. kami pun dah lama tak berhubung, cuma baru2 ni, terjumpa semula dalam group alumni.. Beberapa bulan yang lalu, M ada hubungi saya menyatakan masalah yang dihadapinya, dah meminta untuk meminjam sejumlah wang. ya, mungkin kecil nilainya.. yang ingin saya maksudkan di sini, bukan jumlah wang itu.. Tetapi kesungguhan niat sesorang apabila meminjam. bukan seorang 2 yang pernah saya bantu. sebab saya selalu memikirkan, saya juga pasti seperti mereka jika diuji dengan sedikit kesukaran.

cuma, bila terjadi situasi seperti ini, pasti bila akan datang, ada rakan2 yang benar2 susah memerlukan, kita akan berfikir 3 4 kali supaya tidak berulang perkara yang sama..

apapun masalahnya, jujur lah..


Monday, 13 February 2017

MATAHARI KU

Matahari, 
Sinar mu tetap terang, 
Terpancar patuh, utuh. 
Tanpa sedikit pun, kau simpan sinar itu untuk dirimu. 
Hari, bulan, tahun, berganti waktu. 
Sinarmu tetap sama, 
Menyinari hari-hariku, yang tidak sedar kepentinganmu, 
Kerana sinar yang sama, kerana kealpaanku, 
Aku lupa penat mu, aku lupa peritmu. 
Aku hanya mahukan sinarmu. 
Tanpa ku fikir, jerih mu demiku.. 
Kini, sinar itu terlindung dibalik awan. 
Mungkin kau ingin berehat, mungkin kau sudah penat dengan karenahku, yang lupakan mu. 
Hanya mahu kau mendengar aku 
Tanpa ku sedar, kau juga perlukan waktu. 
Matahariku, 
Bersinarlah kembali, aku rindukan kamu. 
Aku perlukan kamu. 
Aku teraba, kelam tanpa sinarmu. 

Friday, 27 January 2017

Semoga anak2 mama berakhlak mulia


Di mana bumi dipijak
Di situ langit dijunjung. 
Segala kita punya, ihsan dari Yang Maha Esa. 
Tidak mampu untuk kita miliki apapun dari kudrat kita. Hatta untuk mengangkat jari pun, dengan izin Nya. 
Biarlah hodoh rupa asal kaya bahasa. 
Biar papa harta, asalkan mewah adab dan jiwa. 

cerita kita berbeza

Semalam, aku bersama rakan sekerja joined for the meeting di luar daerah. Perjalanan yang memakan masa hampir sejam setengah diisi dengan perbualan yang merangkumi macam2 topik😀. Of coz la, mengantuk kau drive long distance ni.

Dalam pada berbual, pasti akan terkeluar cerita stress dalam kerja, dalam rumah tangga, dalam mendidik anak2, dalam study etc.. cuma satu pesan sahabat, jangan bandingkan cerita kita dengan orang lain. Setiap kita punya cerita berbeza..
Ya betul, kita punya cerita yang berbeza.

Sunday, 22 January 2017

Plan your work, work your plan

Image result for Plan your work, work your plan



 




Saya cuba untuk siapkan technical paper seperti yang diminta oleh Penyelaras Projek. Seingat saya, saya dah siapkan dah email semula. Atau mungkin perlu dimurnikan lagi? Ok, saya plan untuk siapkan pada hari ni. Oh, petang ni ada meeting jabatan. Oh, petang ni juga saya plan untuk masuk lab sebab sv dah tanya progress. 

Lama sungguh saya hentikan lab work lantaran terlalu sibuk dengan class, markah pelajar, supervise pelajar FYP 😎

Campur pula dengan keadaan tangan yang masih tak berapa ok. 😞 Ya Allah, berikan lah kesihatan yang baik pada ku.. 

Harap semua ni under control.. jangan stress Ita.. 😫 Plan your work, work your plan.. Hokai






























Friday, 20 January 2017

JDT vs KEDAH

Hokai... saya tak minat bola sebenarnya. Tapi layankan hero2 yang ada ni.. 

Mama sokong Kedah, Abg Long of coz JDT. Longsyor? Follow mama la.. hehe. 

Apapun, good luck JDT and all the best for Kedah. #pulunkedahpulun

Kami sokong hgpa.. hehe 

Thursday, 8 December 2016

PENGAJIAN PONDOK UNIVERSITI

Title: Pengajian Pondok Universiti Musim ke-3 3 Nov 2016
Info: Penceramah: Ustaz Abu Zaki Bin Yusuf Tajuk Kitab : Kitab Penawar Bagi Hati
http://ucitv.uthm.edu.my

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...