Sebenarnya saya nak bercerita
tentang ketagihan gajet atau pun gadget addict.. Tapi kenapa tajuk sawan ea?
Sebab saya pernah tertengok (sebab jarang on tv) drama bertajuk Sawan. Tak follow
dari awal, tapi dari scene yang saya tengok tu, berkaitan dengan suami yang
mengalami masalah gadget addicted yang melampau.. So, saya pilih tajuk Sawan
yang saya rasa sesuai sangat nak gambarkan masalah ni..
Sepanjang perjalanan saya ke
tempat kerja yang berhari2, berbulan2, bertahun2, kerap sangat (hampir setiap
kali pemanduan), saya berselisih dengan driver2 yang menggunakan smartphone
semasa memandu. Kalau hands free, can be accepted la juga, tapi yang tengah
driving, slide2, touch2 fon, memang sangat membahayakan. Membahayakan diri
sendiri, dan paling teruk, anda juga membahayakan pengguna jalan raya yang
lain. Bagi saya sikap macam ni sangat melampau. Sangat tidak beradab.
Kadang-kadang bila kita di
belakang sesebuah kenderaan, kenderaan tersebut macam ditiup angin, kita yang
dibelakang ni risau kot2 driver tu mengantuk, bila kita overtake, laaaa. Duk main
phone rupanya… Melampau betul.. Ada yang menunggang motor, kepala menunduk
ke bawah, ingatkan nak cover mata masuk habuk… Rupanya, duk baca message. Paling
geram, bila di traffic light, boleh nampak driver tu buka FB.. Dalam keadaan
macam tu pun, still nak update status? Still nak baca status kawan? Kita ni dah
makin teruk.. Seperti menjadi hamba pada teknologi. Sepatutnta, kita gunakan ke
arah yang lebih baik.. Bukan pada masa yang boleh membahayakan semua orang.
Tidak dinafikan banyak kebaikan
dari teknologi ni. Cuma, jangan salah guna. Dan, pandai2 la seimbangkan. Saya sangatlah menyokong usaha Dr.
Shukri Abdullah, untuk memberi kesedaran pada semua terutamanya parents dalam
penggunaan smartphone di kalangan anak2… Sebab banyak kesan buruk dari
baiknya..
Kadang2, di kedai makan,
masing2 dengan smartphone. Kita sibuk dekatkan dengan jauh, tapi yang dekat,
semakin diabaikan.. Parents sering merungut, takde masa untuk anak2 sebab sibuk
dengan kerja. Tapi status di FB, sentiasa updated. So?????
Di jabatan saya, ada beberapa
rakan senior yang tidak mempunyai smart phone. Menggunakan email sebagai medium
urusan kerja. Tetapi, performance kerja yang sangat bagus. Juga tidak pernah
ketinggalan dalam apa jua latest info. Dan kami kami yang mempunyai smart phone
juga tidak se “perform” mereka. So? Tepuk dada, Tanya iman..
#sekadarpemerhatiansendiritanpasokongandata
#jugasebagaiamaranpadadirisendiri
No comments:
Post a Comment