Al Hadid:4

Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

Thursday, 15 September 2016

Mama dan gula-gula



Harini dan semalam, bawa abang long dating ofis… Duk umah, asyik main je dengan aloso.. Tak reti stop langsung. Next week dah exam. Bila masanya nak study. So, bawak g ofis, nak taknak, kena la juga study.. Mama kan gawang. Hehe.

Lepas class organic tadi, terus lunch nasi beriyani kat Taman U. Apa ntah nama kedai tu. Bersebelahan BossLan Hotel. Okay jugak kat situ. Agak tenang. So, tak lah rasa serabut sangat.. irfan nak beriyani kambing, mama order nasik ambeng. Ok juga. Sedap.

Pas lunch, singgah kedai runcit sat. Beli gula2. Dah lama rasa tak beli gula2.
Mama terus ambil gula2 oren (yang dalam dia ada garam2 tu) 5 bijik.. Letak atas kaunter..

Tokey kedai: Kak, angkat lagi sebiji la..
Mama: Eh takpe. Saya nak 20 sen je..
Tokey: 20 sen 3 biji aje kak..
Mama.. Gulps…

Haha. Mana la nak p tau la ni 2 kupang 3 biji. Ingat 2 kupang 5 bijik.. kalau time kecik2 dulu, sekupang 3, yang 4 pun ada. Haha.
Betapa masa berlalu dengan pantas… Dan betapa kos sara hidup semakin meningkat..

Ps: gula2 je pun.. hehe

Jom beli blouse muslimah
Jom beli DeXandra

Gambar ihsan blog: http://semerbak.net/blog/cara-membuat-bunga-wangi-x-bunga-telor/






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...