Al Hadid:4

Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

Thursday 28 November 2013

Mari mengundi.. Tunaikan kewajipan anda..

==========================================================
Hari Pengundian bagi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Tahun 2013/2014
==========================================================


Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

Y.Bhg. Dato'/Prof / Tuan / Puan,

1. Sukacitanya dimaklumkan bahawa, Hari Pengundian bagi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Tahun 2013/2014 akan diadakan seperti berikut :-
Tarikh : 28 November 2013 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : 1.      Dewan Tunku Mahkota Ismail/DTII (Pusat Pengundian dan Penjumlahan Undi)
2.      Bilik Komputer (Aras Bawah), Perpustakaan Tunku Tun Aminah
3.      Makmal PTM, Kolej Kediaman Perwira
4.      Makmal PTM, Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail
5.      Makmal PTM, Kolej Kediaman Taman Melewar
6.      Makmal PTM, Kolej Kediaman Tun Fatimah
7.      Makmal PTM, Kolej Kediaman Taman Universiti
8.      Makmal Komputer 1 Aras 2, Fakulti Kejuruteraan Awam Dan Alam Sekitar
9.      Makmal Kejuruteraan Rangkaian, Fakulti Kejuruteraan Elekrik Dan Elektronik
10.  Makmal Komputer CAD 1, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Dan Pembuatan
11.  Makmal Komputer Umum, Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional
12.  Makmal Komputer  Pengeluaran Dan Operasi, Fakulti Pengurusan Teknologi Dan Perniagaan
13.  Makmal Komputer Pembangunan Perisian Aras 1, Fakulti Sains Komputer Dan Teknologi Maklumat
14.  Makmal Rangkaian Aras 1, Blok A, Kampus Bandar

2. Sehubungan dengan dimaklumkan bahawa semua pelajar adalah DIKEHENDAKI menunaikan tanggungjawab untuk mengundi bagi pemilihan tersebut. 

3. Kerjasama Y.Bhg. Dato'/Prof / Tuan / Puan dalam memberi peluang serta galakkan kepada semua pelajar menunaikan tanggungjawab mereka pada pemilihan ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

Pengerusi
Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Tahun 2013/2014
Pejabat Hal Ehwal Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 



-- 
Lampiran bersama email ini (secara pautan) tidak berfungsi jika dibuka
menggunakan aplikasi email lain (seperti yahoo, google dan sebagainya).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...