Al Hadid:4

Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

Saturday, 16 February 2013

Jangan berputus asa



Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Para pelajar yang saya hormati. Kita semua dilahirkan cemerlang. Dan kecemerlangan kalian ketika zaman persekolahan telah membawa kalian menjejakkan kaki ke university ini. Tetapi, perjalanan tidak tamat sehingga di sini sahaja. Perjalanan kita masih jauh.. 

Bagi yang diploma, anda perlu meneruskan pengajian anda hingga ke peringkat sarjana muda, bagi pelajar sarjana muda, anda seharusnya melanjutkan lagi ke peringkat sarjana dan seterusnya.. Suka duka sepanjang tempoh pengajian adalah asam garam yang akan anda kenang sehingga akhir hayat anda. Susah, pening dan rasa nak give up adalah perkara normal.. Tetapi apa yang membezakan di antara pelajar cemerlang dan pelajar gagal adalah, semangat untuk terus berusaha.

Saya terbaca satu article (http://www.klinikmotivasi.com/blog/prinsip-itik-berenang-bagi-pelajar-cemerlang/) yang mengambil contoh prinsip itik dalam berusaha mencapai kejayaan. Itik yang berenang kelihatan sangat tenang dan begitu bersahaja. TETAPI kita tidak nampak usaha keras mereka di bawah permukaan air. 


Mereka bekerja keras mengayuh tanpa henti untuk memastikan mereka tidak tenggelam. Ini adalah prinsip yang perlu ada pada semua pelajar cemerlang.

Ambil contoh pelajar2 cemerlang di sekeliling anda. Mereka semua kelihatan tenang dan masih mempunyai masa untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti lain. Adakah ini mudah untuk mereka?? Tidak!!.. Tetapi mereka mengamalkan prinsip itik tadi yang membuatkan mereka kelihatan tenang. Dan ingatlah, pelajar cemerlang tidak akan merungut, sebaliknya akan terus berusaha dan berusaha. Dan apa yang paling penting sepanjang usaha adalah berdoa dan terus berdoa. Curilah masa malam kalian untuk bertahajjud atau menunaikan solat hajat. Kalian akan terasa keberkesanannya..

Selamat Berjaya dan selamat beramal.. J

1 comment:

  1. Patutlah kawan-kawan saya yang cemerlang, semuanya nampak rileks je. Sebenarnya diorang ni struggle dalam diam.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...