Al Hadid:4

Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

Friday, 14 December 2012

SAHABAT



Asslamualaikum.

Bukan mudah mencari sahabat yang baik. Dan bukan mudah untuk kita mendapat sahabat  yang baik. Untuk mendapat yang terbaik, seharusnya, kita perbaiki diri untuk menjadi lebih baik dan menjadi seorang sahabat yang baik. Dan untuk memperbaiki diri ke arah kebaikan, perlulah kita mencari sahabat yang baik. Macam mana tu?? Macam confuse je..

Mencari sahabat yang baik adalah penting dalam kehidupan kita seharian. Apabila kita tersalah langkah dalam memilih sahabat, haluan hidup kita juga akan mudah hanyut.

Sahabat yang baik akan sentiasa mengingatkan kita ke jalan yang benar. Sahabat yang baik tidak akan mengumpat di belakang kita. Sahabat yang baik juga tidak akan mempengaruhi kita untuk membuat sesuatu yang salah. Dan sebaliknya sahabat yang baik akan mengajak kita untuk berusaha bersama ke arah kejayaan.

Selamat menjadi seorang sahabat yang terbaik kepada sahabat anda..


P/s: Kenapa saya bercerita tentang sahabat?? Kerana ramai di antara kita telah hanyut dan leka kerana mempunyai sahabat yang membawa ke arah kegagalan..

Tetapkan matlamat diri untuk berjaya dengan cemerlang dan tepislah segala godaan yang membawa anda kepada kehancuran akhlak. 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...