Al Hadid:4

Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

Thursday, 6 December 2012

Perhatian untuk semua pelajar DAS12703


Semua pelajar DAS12703,

Class pada 10 December 2012 akan dibatalkan kerana semua pelajar DAS12703 adalah diwajibkan untuk menghadiri program “UNESCO INTERNATIONAL DAY FOR PEACE AND DEVELOPMENT”.

Tarikh: 10 Disember 2012
Masa: 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat: Dewan Tunku Ismail Ibrahim (DTII)

Kehadiran adalah DIWAJIBKAN

Anda juga digalakkan untuk menyertai pertandingan pameran (berbentuk poster) yang bersesuaian dengan tema program INTERNATIONAL DAY FOR PEACE AND DEVELOPMENT.

Terima kasih dan harap maklum. 

Tuan/Puan,

PERTANDINGAN POSTER SEMPENA PROGRAM “UNESCO INTERNATIONAL SCIENCE DAY FOR PEACE AND DEVELOPMENT“ ANJURAN PPD DAN FSTPi

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.        Sukacita dimaklumkan Pusat Pengajian Diploma (PPD) dan Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan (FSTPi) akan menganjurkan Program “UNESCO International Science Day For Peace and Development“ seperti ketetapan berikut:

Tarikh        :        10 Disember 2012 (Isnin)
Masa                :        8.30 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat        :        Dewan Tunku Ismail Ibrahim UTHM
Peserta        :       Terbuka kepada pelajar PPD dan FSTPi
Tema        :        Science for Peace and Development

3. Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:

i. Terbuka kepada pelajar-pelajar PPD dan FSTPi.
ii. Boleh dilukis tangan atau direka menggunakan komputer.
iii. Bersaiz kertas lukisan atau A3.
iv. Penyertaan perlu dihantar selewat-lewatnya pada hari Isnin 10 Disember 2012 jam 8:15 pagi di meja urusetia Dewan DTII.
v. Butiran peserta perlu disertakan di belakang poster masing-masing.
vi. Boleh disertai secara individu atau berkumpulan (maksimum 3 orang).

4. Sehubungan itu, diminta pensyarah-pensyarah yang mengajar kuliah dan penasihat-penasihat akademik menggalakkan pelajar untuk menyertai pertandingan ini. Hadiah disediakan untuk tiga (3) penyertaan terbaik. Segala perhatian serta kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.        

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...