Al Hadid:4
Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
Monday, 26 November 2018
Tuesday, 20 November 2018
Monday, 11 September 2017
Destinasi yang abadi
Sejujurnya, saya masih bersedih di atas pemergian suami kepada sahabat baik saya.
Pagi Jumaat, Angah - kami bertiga adalah sahabat baik semasa bersekolah menengah di mana kami sama2 aktif dalam PSSGM. Disebab kan saya lahir hujung tahun, mereka memanggil saya Adik. So di sini, ada Along, Angah dan saya - Adik.
Jumaat lepas, Angah message saya tanya,
Adik, dah pergi tengok along?
Eh, kenapa angah? Along kenapa?
Dalam keadaan yang teramat sibuk, saya dah semakin jarang on FB, so, memang saya tak tahu apa yang berlaku ada Along.
serentak dengan itu, saya terus scroll FB. Di wall Along, penuh dengan ucapan takziah.. Baru saya tahu, ALong baru kehilang suaminya yang tersayang. TErkejut. Tersentak. Baru juga berbual dengan along sebelum ni. Langsung saya tak tahu berkaitan kesihatan suaminya. Cuma, saya dapat rasakan betapa Along merasakan kehilangan.
Saya pernah kehilangan Allahyarham abah. Saya dapat lihat betapa mama sangat terasa kehilangan. Kehilangan teman sejiwa yang sentiasa bersama.
Apatah lagi Along yang masih mempuanya anak2 yang masih bersekolah. Apapun, Allah lebih menyayangi mereka. Allah maha tahu. Dugaan untuk Along sekeluarga.
Saya sentiasa doakan Along tabah, dan kuat demi anak2 mereka.
Kita juga akan menuju ke sana. Kematian, suatu yang pasti.
Semoga Allah mencucuri rahmat mereka yang terdahulu meninggalkan kami bertemu dengan Mu.
Semoga kita dapat menghadapNya dalam keadaan yang sangat baik.
Al fatihah untuk mereka yang telah meninggalkan kita.
Dan apa yang saya rasakan, - untuk lebih menghargai orang2 di sekeliling saya. Yang saya sayang.

Friday, 14 July 2017
ABAH
Bulan ni adalah bulan yang sangat sibuk untuk saya. 2 minggu ni, jadual saya padat dengan kursus. Selepas ni, terlibat dengan bengkel untuk pemurnian kursus pula. Kemudian saya ada conference lagi. Ohh, alahai...
Berjaga seawal 2.30 pagi hingga kini menyiapkan segala tugasan. Dalam kesunyian, terselit kerinduan yang teramat pada abah. Rindu sangat pada abah. Semoga Allah pelihara abah di sana. Selesakan abah di sana. Semoga Allah jaga abah di sana sebaik2nya, seperti mana abah jaga kami sangat baik dari kecil hingga besar. Kami semua sayang abah sangat. Al fatihah.
Saturday, 8 July 2017
Persaudaraan yang menyatukan
Orang yang saling
menyayangi, mencintai, adalah salah satu
tanda bagi orang2 yang beriman.
Tanda2 ketaqwaan
seseorang adalah apabila ia menjaga hubungannya dengan saudaranya. Menjaga
lisannya ketika berhadapan dengan saudaranya apatah lagi saudara seagamanya.
Berikut
adalah sedikit intipati khutbah Jumaat hari ini..
Menjaga
lisan sesama saudara seagama.. Bagaimana pula kalau saudara sedarah daging?
Mungkin mudah bagi sesetengah kita. Namun, mungkin berat bagi segelintir kita.
Apapun, beradab la. Adab dan akademik adalah perkara yang berbeza.
#SayaTahuAsalUsulSaya
#SayaBukanKacangLupakanKulit
#SayaTakPandaiBisnesPunDown
#KeraDiHutanDisusukanAnakDiRumahKelaparan
Monday, 15 May 2017
Struggling till the end
Struggling till the end.. Haha.. Caption bukan main. Dalam hati nak nangis.. Allah je tahu... Paper kena submit esok. Dengan Longsyor demam panas. Syian anak2 mama.. InsyaAllah.. Ada cahaya di hujung sana. 😍
Takleh cakap banyak. Nak siapkan kerja dulu. Nanti saya share berkaitan presentation.
Kalau ada nak perfume DeXandra, still open for order. hehe.
#www.wasap.my/60177999975
Kalau ada nak perfume DeXandra, still open for order. hehe.
#www.wasap.my/60177999975
Tuesday, 25 April 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)