Al Hadid:4

Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

Saturday, 20 September 2025

DUNIA DI TANGAN, AKHIRAT DI HATI

 Kehidupan di dunia adalah sementara. Kekayaan, keseronokan, atau apa sahaja yang kita ada di dunia, jadikan sebagai alat untuk kita mencapai kejayaan di akhirat sana. 

Jika kita dikurniakan nikmat kemewahan di dunia, gunakan sebagai alat untuk kita sampai ke syurga dengan kemewahan tersebut. Banyakkan bersyukur, banyakkan bersedekah di jalan2 Allah. Supaya Allah redha dengan kemewahan kita itu. 

Dan, seandainya kita diuji, juga jadikan ujian itu sebagai penyebab untuk kita sampai ke syurga Allah. 

Pasti Allah tak jadikan sesuatu dengan sia2. Pasti ada sebab di atas setiap yang berlaku. Sama ada ujian, ataupun kenikmatan. Berbaik sangkalah pada Allah, kerana Allah sesungguhnya Maha Baik. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...