Kelmarin saudara menghubungi saya. Dia ceritakan, melepaskan semua perasaan tidak mampunya pada saya.
Dia saat ini, sedang diuji dengan kesihatan anaknya. Kelahiran yang sangat dinantikan.
Saya yang mendengar (saudara sangat rapat), bukan sahaja mendengar, melihat dia mengharungi semua itu, memang sangat berat.
Tiada ucapan yang mampu untuk saya berikan. Berat mata memandang, sudah pasti lebih berat bahu yang memikul. Saya juga tidak tahu, jika saya berada di tempatnya, adakah saya mampu lalui.
Cuma, saya hanya boleh berikan kata2 semangat padanya. Ya, saya yakin, dia kuat. Saya yakin dia tabah. Jika tidak, masakan dia boleh lalui tempoh sebegitu sepanjang 8 bulan ni kan.
Saya katakan pada dia. Bersabar, redha dan tawakal lah..
Ya, bukan mudah untuk sabar kan. Tapi, yakinlah, sabar ini, tiada hadnya. Andai terasa berat. Terasa kemampuan sudah di kemuncak, merintihlah pada Allah. Luahkan pada Nya, rasa tidak mampu kita. Hanya Dia yang maha tahu. Dia tahu yang kita tidak mampu. Kita luahkan, rintihlah padaNya.
Walau berat, kita cubalah untuk bersabar. Kerana apa? Kerana kita yakin apa yang Allah nak beri di sebalik ujian ini. Kerana kita yakin, Allah akan sentiasa bersama2 kita dalam perjalanan mengharungi ujian ini. Redhalah. Lepaskan semuanya pada Allah. لا حول ولا قوة الا بالله
Kita serahkan semuanya pada Allah. Yakin pada Allah. Serahkan semuanya. Kita hambaNya. Kita lemah, Allah tahu semua tu.
Mudah ke nak redha? Mudah ke nak sabar?
memang susah. Memang payah. amat amat payah. Amat amat berat.
Tapi, usahakanlah. Kerana apa? Kerana syurga bukan percuma.
Alangkan nak masuk public toilet yang busuk dan hancing juga perlukan bayaran. inikan pula syurga Allah yang indah dan harum.
Pejam mata, tarik nafas. Dan katakan pada diri. Aku lalu semua ini, aku lakukan semua ini, hanya keranaMu ya Allah..
RR