Al Hadid:4

Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

Thursday, 12 September 2024

Ikhlas dalam beramal

 Saya baru start baca kitab "Berguru dengan sahabat Nabi, tulisan Syaikh Sayyid Muhammad Nuh". 

Chapter pertama, menekankan tentang keikhlasan dalam beramal. Kenapa penulis mulakan dengan keikhlasan? Ini kerana, ikhlas adalah kunci yang amat penting, terutamanya dalam meraih pertolongan dari Allah. 

Dengan ikhlas juga, ia menjadi kunci sesuatu amalan kita diterima atau tidak. Apa yang sangat kita takutkan adalah, ketika menghadap Allah, segala amalan yang telah dan banyak (sangkaan kita) kita lakukan, hilang seperti debu yang berterbangan. 


Keikhlasan itu lahir dari hati. Hati yang bersih dan suci. Dalam melahirkan keikhlasan, hati kita sering berperang dengan nafsu sendiri. Nafsu itu sering membisikkan sesuatu yang selain dari keikhlasan. 

Lalu, kita sebagai manusia, perlulah teguhkan hati dalam mempertahankan keikhlasan dan mengawal nafsu ammarah bissu' yang menyuruh kepada kejahatan. 


Kawallah nafsu kita dengan tali istiqamah dan taqwa. Agar nafsu kita ini jinak, dan mudah untuk kita uruskan. Agar nafsu kita mendengar kata dan arahan kita. 

Seandainya tali istiqamah itu terlepas, maka, tambatlah semula dengan taubat, dan kembalilah kita kepada Allah swt. InsyaAllah. 


والله أعلمُ بالـصـواب


RR



Friday, 9 August 2024

Vertigo dan kenangan

 Baru-baru ni, Allah uji dengan vertigo. Alhamdulillah, tak lama, cuma bila vertigo dah menyapa, ekor2nya tu masih ada. 


Jadi, nak stable tu, makan masa juga, bila pergerakan tak dapat balance dengan sepenuhnya. 


Sepanjang hari, tak lekang dengan minyak angin, untuk buat keadaan bertambah selesa. Sapu di belakang, tengkuk dan sebagainya. 


Teringat pula moments semasa menjaga meksu di Hospital Besar Kangar. Sebulan juga berkampung di hospital, sementara tunggu meksu sedar. Alhamdulillah, banyak ajar kehidupan. 


Pesakit katil sebelah yang silih berganti. Ada juga yang lama. Rata-rata mempunyai sakit buah pinggang. 


Berbual dengan ahli keluarga pesakit yang meneman, berbual dengan pesakit, subhanallah, pengalaman yang sangat berharga. 


Ada pesakit (Staf perodua) buah pinggang. Sedang melalui peringkat dialisis. Muda lagi. Muda dari aku. 
Bila malam, dia rasa tak selesa. Panas, tidur di lantai, tak selesa. Baring di katil, juga tak selesa. Aku bantu sapukan minyak angin di bahagian belakang. 

Semoga Allah kurniakan kesembuhan untuk dia, dan semua pesakit. 
Allahu, ujian kita berbeza. Allah ujia kerana sayangkan kita. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita, mudahkan ujian kita. InsyaAllah. 


Semoga kita semua dalam peliharaanNya. InsyaAllah. 




Wednesday, 24 July 2024

Sweet cravings again...




Sugar addiction is a situation that is a perceived dependency on sugar. It is characterized by craving, compulsive consumption, and difficulty controlling intake. 

Researchers discovered that sugar has a strong direct influence on the dopamine system, which contributes to its profound reinforcing properties. 

This suggests that sugar has a major effect on the brain's dopamine system, which is responsible for pleasure and reward. 

As a result, eating sugar can cause intense sensations of happiness and satisfaction, increasing the desire to consume it again. This explains why people often crave sugary foods, as the pleasurable effects can lead to repeated consumption.








Saturday, 8 June 2024

Allah Menilai Pada Hati dan Amalan Manusia





Allah menilai hati dan amalan manusia. Menunjukkan, pentingnya niat dalam apa juga amalan.

Dengan niat juga, ia membezakan amalan-amalan kita. Apakah amalan itu diterima Allah atau sebaliknya, semuanya bermula dengan niat.

Niat jugalah yang membezakan antara muslim dan bukan muslim. Dengan niat juga, dapat memandu tindakan kita untuk melakukan perbuatan tersebut. Banyak kebaikan dengan niat ni. Dan sebab itulah, islam mengajar kita, betapa pentingnya niat.

Niat boleh diperbanyakkan. Ianya tidak terhad kepada satu niat semata. Pastikan salah satu niat kita adalah untuk mencari redha Allah swt.

‘Amalan-amalan itu hanyalah tergantung dengan niatnya. Dan setiap orang hanyalah mendapatkan sesuai dengan apa yang dia niatkan. Barang siapa yang amalan hijrahnya karena Allah dan Rasul-Nya, hijrahnya itu karena Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya karena dunia yang ingin ia peroleh atau karena wanita yang ingin ia nikahi, hijrahnya itu menuju apa yang dia niatkan’.” (HR Bukhari dan Muslim).


Dan, amalan yang paling disukai Allah terhadap hambaNya adalah, amalan yang dilakukan secara berterusan, walaupun kecil.


Imam Nawawi juga mengatakan, 
”Ketahuilah bahawa amalan yang sedikit namun berterusan dilakukan, itu lebih baik dari amalan yang banyak namun cuma sesekali saja dilakukan. Amalan sedikit yang rutin dilakukan akan memudahkan amalan ketaatan, zikir, pendekatan diri pada Allah, niat dan keikhlasan dalam beramal, juga akan membuat amalan tersebut diterima Allah. Amalan sedikit yang rutin dilakukan akan memberikan ganjaran yang besar dan berlipat dibandingkan dengan amalan yang banyak namun sesekali saja dilakukan.”(Syarh An Nawawi ‘ala Muslim, 3/133). 

Marilah kita, perbanyakkan niat kita dalam amalan seharian, agar setiap amalan kita diterima Allah swt, dan tetap terus kekal istiqamah melakukan amalan baik itu, walaupun sedikit. 
InsyaAllah. 


RR

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...