Al Hadid:4

Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

Friday 15 March 2019

Flying Object




Perjalanan sejauh 95 km (sehala) setiap hari untuk ke tempat kerja bukanlah satu jarak yang dekat. Sepanjang perjalanan, macam2 boleh difikirkan. Macam2 juga gaya pemanduan boleh diperhatikan. Terpanggil untuk share satu kejadian pagi tadi. Mengekori lori yang agak panjang, sesuatu yang amat membosankan. Tertutup pemandangan seketika. Mencari-cari peluang untuk memotong dan ke depan. 

Sedang mencuri-curi keluar menjenguk (untuk memastikan laluan bertentangan selamat), tiba-tiba objek kecil tapi agak bahayalah juga melayang dari depan.. MasyaAllah, driver depan, membuang tin minuman.. Bak kata Aziz dalam cerita Pendekar Bujang Lapok, "kalau kena kepala, boleh bocor mambang...". Mujur saya sempat mengelak. Allahu. Kalau kena cermin kereta, dah tiga kali kena uruskan berkaitan cermin kereta ni. Selalu kena batu dari kenderaan bertentangan. 

Ok, beberapa minit, berjaya overtook lori tersebut. Pemandunya memandu dengan selamba tanpa rasa bersalah.. OK. beberapa minit kemudian, tiba di traffic light Parit Sulong, kenderaan depan dengan tanpa rasa bersalah membuang kotak rokok dan plastik pula... Allahu... Mereka yang membuang sampah merata-rata ni, mengharapkan siapa agaknya ya untuk mengutip semua sampah mereka ni????

Plastic, tin, semuanya yang tidak boleh terurai dengan sendirinya.. kenapa ada pemikiran begini?? Disebab pemikiran sebegini walaupun pada awalnya dianggap kecil, tapi boleh membawa kepada kesan buruk yang lebih besar. Sebab tiada rasa bersalah dalam membuang sampah merata-rata inilah yang membawa kepada kejadian pembuangan sisa toksik di Sg Kim Kim, Pasir Gudang.  Sebab tiada rasa bersalah dan mementingkan diri sendirilah insiden ini berlaku. Dan kesan buruknya mengakibatan ramai yang menjadi mangsa.. 

Bersama-sama lah kita menjaga bumi ini yang kita pinjam dari anak cucu kita. Tak tahu nak cakap apa lagi.. Sedih... 



Image by: https://denaihati.com/sampah/denaihati-image-2018-11-05-at-11-41-34-am


#PrayForPasirGudang

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...