============================
Test 1: Adakah anda bersedia?
============================
Setelah beberapa
minggu kuliah, kefahaman anda semua akan diuji melalui penilaian ujian 1. Adakah
kalian telah bersedia untuk menghadapi ujian ini? Atau masih
berseronok-seronok, main game, lepak bersama rakan2? Semoga kalian tidak hanyut
dengan semua keseronokan yang sementara. Dan semoga kalian tidak memandang
ringan ujian 1 ini.
Ujian ini adalah
ukuran terhadap apa yang telah anda pelajari selama beberapa minggu ini. Dan semoga
kalian dapat mengharunginya kerana ianya bukanlah kali pertama untuk kalian. Teruskan
usaha2 anda, complete kan semua notes (dari lecturer dan self-note), perbanyakkan
latihan dari pelbagai reference books, sekiranya ada past year question, cuba
buat, dan yang paling penting, jaga hubungan dengan Allah. Teruskan tahajud
setiap malam, InsyaAllah, segala usaha anda akan dirahmati dan diberkati.
Jangan lupa, call
parents anda, minta restu mereka. Doa ibu adalah doa yang tiada screening dari
Allah. Dengan doa ibu juga lah kalian berada di sini.
Akhir sekali,
percaya pada diri sendiri. Yakin dan tawakal atas segala apa yang telah kalian
usaha kan. Jangan dah nak final exam, baru sibuk cari notes.. J Good luck dear..
No comments:
Post a Comment