Assalamualaikum dan salam sejahtera
untuk para sahabat dan para pelajar..
Kali ini, ingin saya sentuh berkaitan
dengan ketepatan dan menepati masa.
Menepati masa bermaksud melakukan kerja
tepat pada masa dan waktu yang telah ditetapkan. Ini kerana, masa yang telah
berlalu tidak dapat kembali semula. Betapa ramai di antara kita yang rugi
akibat tidak menepati masa. Seperti yang telah dinyatakan dalam surah al – ashr
(1 & 2), demi masa sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian…
Sedari kecil, kita telah ditanamkan
bahawa “masa itu emas”. Kenapa??? Kerana untuk menggambarkan betapa berharganya
dan bernilainya masa itu. Bahkan, ia boleh dikata lebih berharga dari emas
kerana masa tidak dapat diundur dan diulang kembali. Betapa ramai di antara
kita yang pernah berkata, alangkah baiknya jika masa dapat diundur kerana tidak
sempat berbuat sesuatu yang benar2 kita harapkan..
Ramai pelajar kini, yang semakin
mengambil ringan dalam soal menepati masa. Ada yang hadir ke kuliah 30 minit
lewat. Tidak kurang juga ada yang berani lewat untuk hadir dalam ujian
peperiksaan sehingga 30 minit. Tidakkah difikirkan akan kesan dari kelewatan
itu?
Ciri menepati masa ini juga
mencerminkan peribadi seseorang individu. Mereka yang menepati masa, biasanya
lebih Berjaya dalam menguruskan masa dan lebih cemerlang dalam kehidupan
berbanding mereka yang gagal menguruskan masa dengan bijak.
Secara kesimpulannya, dapat dikatakan
bahawa nilai moral menepati masa merupakan nilai yang perlu ada oleh setiap
individu tanpa mengira batasan budaya, masyarakat dan kelompak individu. Kejayaan
seseorang individu bergantung kepada sikap menepati waktu sama ada di dalam
aktiviti harian, kerja dan juga dalam melaksanakan tanggungjawab.
Kita tergolong di dalam golongan yang
mana????
No comments:
Post a Comment