Al Hadid:4

Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

Wednesday, 16 April 2025

Habluminnallah habluminannas

 



Dalam apa juga hubungan kita sesama manusia, konsep dia, jaga hubungan dengan Allah taala. Nak apapun, jaga hubungan dengan Allah. Itu je sifir dia. Sifir kehidupan.
Bila kita jaga hubungan kita dengan Allah, Allah akan jaga, pelihara semua keperluan kita. Termasuklah hubungan dengan manusia. 

Macam mana hubungan dengan Allah tu? Solat je dah cukup ke? 

Jaga hubungan tu, maksudnya, betul-betul menjaga. Dari segi, masa, kualiti, dan sebagainya. 

Contoh, cepat datang bila Allah panggil. Waktu bila Allah panggil kita? Waktu azan. 

Maksudnya, dengar je azan, dah dalam keadaan ready nak solat.

Lepas tu, menghadap Allah walau time Allah tak panggil kita. Mengadu semua pada Allah atas semua urusan seharian kita. Waktu bila kita nak menghadap Allah time Allah tak panggil tu? Solat2 sunat. Tahajud, taubat, hajat, dhuha.. Puasa sunat..

InsyaAllah, kalau kita buat semua ni. Semua keperluan kita Allah cukupkan. Allah berikan ketenangan dalam hati kita. Allah beri kebahagiaan dalam kehidupan kita. Allah rezekikan kita anak2 yang soleh. InsyaAllah.

Sebab Allah dah janji. Bukti? Salah satunya yang Allah rakamkan dalam surah Al mu'minun ayat 111, dan surah Luqman, ayat 22. Masih tidak yakin lagikah kita dengan janji-janji Allah swt, yang tidak pernah memungkiri janji.




Jom sama-sama kita amalkan, insyaAllah. 


Saturday, 15 March 2025

Ujian Kesakitan

 Ada di antara kita yang diuji dengan kesakitan. 

Berat, sangat berat. Berat mata memandang, apatah lagi beratnya bahu yang memikul. 

Namun, dalam mengharungi ujian ini, yakinlah kita, ada hikmah yang Allah Taala nak beri. 

Sesungguhnya apa yang Allah susun, tiada yang sia-sia. Semuanya ada proses, dan semua itu, kerana Allah Taala nak kita berfikir. Allah Taala nak kita ingat pada Dia. Allah Taala nak, kita kembali, memohon dan merintih padaNya. 

Dalam apa jua ujian, ujian yang pelbagai, kewangan, kesihatan, emosi, dan sebagainya, yang Allah nak measure, yang Allah pandang, kesabaran kita. SABAR. Walau apapun. Dan, sabar itu, tidaklah mudah. Tak mudah. Sangat payah. Sangat berat. Allah.. 


Tapi, siapalah kita untuk menidakkan semua. Yakinlah, setiap kesabaran tu, ada ganjaran yang Allah nak bagi pada hambaNya.









Semua perkara dalam penyaksian dan rakaman Allah swt.



Dalam melalui kehidupan seharian, kekadang kita tak terlepas dengan keadaan di mana, kita rasa, "asyik semua je aku kena buat. Kerja ni pun aku, kerja tu pun aku.."

Perasaan macam tu, akan menyebabkan kita hilang mood nak buat kerja tu kan. 

Alhamdulillah, hari ni, Allah izin, saya berjumpa dengan ayat Allah ni. 


Ringkas je ayat ni, tapi seakan memberi semangat pada kita. 
Allah beritahu kita, tiada amalan yang sia-sia. Semua dalam penyaksian dan rakaman Allah. 

Baik yang kita buat, baiklah ganjaranNya. 
Buruk perbuatan kita, ketahuilah azab Allah amat keras. 

jom, jadikan ayat ni, motivasi untuk harini. 


Thursday, 6 March 2025

Redha


Kita selal mohon keredhaan Allah. Mohon Allah redha pada kita untuk kita masuk ke syurga. 

Mohon redha Allah unuk setiap perbuatan kita.


Tapi, pernah tak kita fikir, adakah kita redha untuk setiap ujian Allah pada kita? 


Mulut kita selalu sebt, "Aku redha Allah uji begini begini.."

Tapi, adakah perbuatan kita, menunjukkan yang kita redha atas ujian itu? 

Kita mengeluh. Kita sakit hati dengan orang, dan macam-macm lagi. Adakah itu maksud redha?


Ya Allah. Ampunilah segala dosa kami. Sucikanlah hati, dan baikilah segala urusan harian kami. 


Mengingati Ujian

 4 Ramadhan 1446h

Alhamdulilllah. Dah 4 hari kita berpuasa... Semoga semua amalan kita diterima Allah.

Bulan ramadhan, bulan yang penuh dengan pengampunan dan rahmat dariNya. Sama-samaah kita mengejar rahmat Allah yang maha luas ini. 

Dalam kita mengejar keberkatan ramadhan, jangan kita lupakan sahabat2 kita yang sedang diuji. Tidak kurang di antara kita yang diuji dengan kesihatan.... Ada yang diuji dengan kewangan. Pelbagai ujian yang Alllah berikan(mengikut keupayaan hambaNya) - seperti yang Allah nyatakan dalam ayat: 


Namun, dalam setiap ujian yang Allah turunkan, yang Allah nak uji, yang Allah nak ukur, kesabaran kita.. Apapun ujian, kewangan, kesihatan, masalah keluarga, yang Allah nak tengok, kita sabar atau tidak dalam melalui ujian tersebut. 

Sekiranya kita lalui dengan keluh kesah, marah-marah, ia menjadikan kita semakin jauh dengan Allah. Apabila semakin jauh dengan Allah, ujian itu, menjadi bala pada kita. Kita tidak akan dapat apa2 dari ujian itu..... Semua nya menjadi seperti debu yang berterbangan. 

Jadi, bersabarlah... Bersabar ni berat.. Sabar ni payah, tak mudah. Kerana syurga itu tidak murah.. 

Untuk anak2 muda yang masih membuang masa dengan perkara sia2, taksub dengan game dan juga social media, beringatlah.. Syarat mati bukanlah sakit.. Syarat mati juga, bukan tua.. Tetapi syarat mati itu, hidup. So, kita semua, dah cukup syarat untuk mati.. Apa kita nan jawab bila Allah tanya kita nanti. 

Apa kita nak beritahu bila Allah tanya, apa yang kit buat dimasa muda kita? Kita nak jawab main game? Kita nak jawab scroll tt? 

Fikir-fikirkanlah. 

Wednesday, 5 March 2025

3 Ramadan 1446

 

Pejam celik, dah 3 hari kita berpuasa. Usahakan agar, kita beramal dengan bersungguh-sungguh dalam ramadhan kali ni. 




Hadith di atas, statusnya adalah dhaif. Teramat lemah, tetapi masih boleh diamalkan kerana, secara keseluruhan, bulan ramadhan adalah bulan yang penuh dengan rahmat, bulan pengampunan dan bulan pelepasan api neraka. 


Sama-sama kita usahakan, gandakan amalan kita, agar kita mendapat rahmat, pengampunan dari Allah swt, seterus, kita dijauhkan dari azab api neraka. 


Sempat lagi untuk kita plan aktiviti/amalan untuk kita buat dalam Ramadhan ni. Buat checklist supaya, aktiviti kita tersusun. 


1. Berazam untuk solat di awal waktu. 

2. Target untuk khatam di bulan ramadhan. Pastikan mengaji setiap kali selepas solat. 

3. Jangan buat perkara yang sia2. 

4. Kurangkan bercakap. 


Banyak lagi goal yang kita boleh masukkan dalam checklist ni. 

Ingat, fail to plan, meaning that we are planning to fail. 

Tuesday, 18 February 2025

Fokus pada apa yang perlu kita lakukan. Jauhkan dari menyalahkan.


Hidup kita ni, bergantung pada bagaimana kita pandang sesuatu. 


Kadang2, pernah tak kita nampak, orang tu diuji dengan pelbagai ujian, tapi dia tenang je. 


Kadang2, ada orang yang diuji, tapi sering kita dengar dia mengeluh, menyalahkan sana, sini. 


Sebenarnya, bagaimana kita memandang satu perkara, dan bagaimana kita react tu yang mengawal hati kita. Bila kita sering menyalahkan, hati kita rasa resah. 


Tapi, bila kita serahkan semuanya pada Allah, merintih mohon pertolongannya (walaupun dalam hati, kita menangis tak mampu), insyaAllah, hati akan jadi lebih tenang. Dan pasti, Allah akan bantu kita. Seandainya, kita masih tak dapat seperti yang diharapkan, pasti Allah sediakan sesuatu yang lebih baik untuk kita. 

Bersangka baiklah pada Allah. 


Mengadu dan merintihlah hanya pada Allah. Allah sangat sayangkan hambaNya. Allah lagi suka kita merintih mengadu padaNya. 


Sebaliknya, bila kita bercerita, mengadu pada manusia, manusia akan mencemuh,  dan manusia yang sifatnya lemah, takkan mampu untuk bantu kita. 


Cubalah. Kita serahkan semuanya pada Allah Taala. 

لا حول ولا قوة إلا بالله



  (https://islamkazikr.com)


Sama2 kita mohon kekuatan, kesabaran dan kemudahan dari Allah Taala. InsyaAllah, insyaAllah. 




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...