Al Hadid:4

Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

Thursday, 10 July 2025

Tersalah pilih pasangan, terpilih pasangan yang salah

 

Baru sebentar tadi, sambil marking paper, mendengar satu stesen radio swasta tempatan. Walau tak mendengar secara keseluruhan, tapi, topik yang dibincangkan adalah mengenai pengorbanan isteri kepada suami, atau something macam tu lah. Tbh, tak dengar secara focus. 

Tapi, yang menarik perhatian saya, adalah seorang pemanggil, yang menceritakan kisah beliau, yang telah membuat pelbagai pinjaman untuk suami. Menangis pemanggil tersebut menceritakan pengalamannya. Saya yang mendengar, turut merasai kesedihan, kekesalan, dan kekecewaan pemanggil tersebut. 

Pemanggil tersebut telah membuat pelbagai pinjaman bank, termasuk pinjaman ahlong. Semuanya kerana didesak oleh suami. 

Yang akhirnya, hanya dia seorang yang terpaksa menanggung pinjaman tersebut. Suami bersikap lepas tangan. 

Ya, memang ada di antara suami sebegini. Mempergunakan isteri untuk membuat pinjaman. Isteri tersepit. Tak diberi, berlaku pergaduhan (sehinggakan ada suami - taklayak dipanggil suami, yang menggunakan kekerasan. 

Apalah yang ada dalam fikiran lelaki seperti ini ya? Tiada langsung rasa tanggungjawab. 

Sebab itu, perlu berkahwin kerana Allah. Bukan kerana nafsu, atau cinta manusia semata. 

Ada tertengok satu video seorang wanita ni, yang berpesan kepada semua wanita, agar tidak salah memilih pasangan. Ya. Tepat sekali pesanan tersebut. 

Untuk wanita, jangan tersalah memilih pasangan, dan jangan memilih pasangan yang salah. 

Untuk lelaki pula, belajarlah. Berusahalah, dan berniatlah untuk tidak menjadi orang yang salah. 

Kalian dipilih Allah untuk menjadi ketua keluarga. Maka bertanggungjawablah. Perkahwinan bukan sekadar hidup bersama, tapi merangkumi bagaimana menjalankan tanggungjawab secara bersama. 

Perjalanan bahtera perkahwinan ini bukanlah sekejap. Perjalanan sehingga akhir usia. Bayangkan jika wanita memilih lelaki yang salah. Bagaimana untuk hadapi sepanjang usia itu.. 

Sebab itu, perlunya kita kembali kepada Allah dalam apa juga urusan. 

Sebelum mempunyai pasangan, amalkan cara hidup yang Islam suruh. Buat kebaikan, sentiasa berdoa, mohon Allah jadikan kita orang yang baik, kurniakan kita pasangan yang baik. 

Islam juga menganjurkan kehidupan yang baik. Di bawah nanti, saya sharekan doa menjadi orang yang baik, dan memohon pasangan yang baik, insyaAllah, boleh mula berdoa dari sekarang. 

Untuk yang tersalah memilih pasangan, untuk yang mendapat pasangan yang salah, insyaAllah, teruskan berdoa. Pasti ada jalan penyelesaian dari Allah Taala. Allah yang menggenggam hati hamba-hambaNya. Jangan risau, serahkan semuanya pada Allah yang maha mengurus. 

Akhirkata, jangan risau dengan kehidupan dunia. Yang perlu kita cemaskan adalah urusan akhirat. InsyaAllah, buat sahaja apa yang Allah suruh, pasti Allah susun yang baik untuk kita dunia akhirat. 

Wallahu taala 'alam. 


Ali imran; 53

Al furqan; 74


    

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...