Al Hadid:4

Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

Tuesday, 18 February 2025

Fokus pada apa yang perlu kita lakukan. Jauhkan dari menyalahkan.


Hidup kita ni, bergantung pada bagaimana kita pandang sesuatu. 


Kadang2, pernah tak kita nampak, orang tu diuji dengan pelbagai ujian, tapi dia tenang je. 


Kadang2, ada orang yang diuji, tapi sering kita dengar dia mengeluh, menyalahkan sana, sini. 


Sebenarnya, bagaimana kita memandang satu perkara, dan bagaimana kita react tu yang mengawal hati kita. Bila kita sering menyalahkan, hati kita rasa resah. 


Tapi, bila kita serahkan semuanya pada Allah, merintih mohon pertolongannya (walaupun dalam hati, kita menangis tak mampu), insyaAllah, hati akan jadi lebih tenang. Dan pasti, Allah akan bantu kita. Seandainya, kita masih tak dapat seperti yang diharapkan, pasti Allah sediakan sesuatu yang lebih baik untuk kita. 

Bersangka baiklah pada Allah. 


Mengadu dan merintihlah hanya pada Allah. Allah sangat sayangkan hambaNya. Allah lagi suka kita merintih mengadu padaNya. 


Sebaliknya, bila kita bercerita, mengadu pada manusia, manusia akan mencemuh,  dan manusia yang sifatnya lemah, takkan mampu untuk bantu kita. 


Cubalah. Kita serahkan semuanya pada Allah Taala. 

لا حول ولا قوة إلا بالله



  (https://islamkazikr.com)


Sama2 kita mohon kekuatan, kesabaran dan kemudahan dari Allah Taala. InsyaAllah, insyaAllah. 




Wednesday, 12 February 2025

Redha dan Tawakal

 

Kelmarin saudara menghubungi saya. Dia ceritakan, melepaskan semua perasaan tidak mampunya pada saya. 

Dia saat ini, sedang diuji dengan kesihatan anaknya. Kelahiran yang sangat dinantikan. 

Saya yang mendengar (saudara sangat rapat), bukan sahaja mendengar, melihat dia mengharungi semua itu, memang sangat berat. 

Tiada ucapan yang mampu untuk saya berikan. Berat mata memandang, sudah pasti lebih berat bahu yang memikul. Saya juga tidak tahu, jika saya berada di tempatnya, adakah saya mampu lalui. 

Cuma, saya hanya boleh berikan kata2 semangat padanya. Ya, saya yakin, dia kuat. Saya yakin dia tabah. Jika tidak, masakan dia boleh lalui tempoh sebegitu sepanjang 8 bulan ni kan. 

Saya katakan pada dia. Bersabar, redha dan tawakal lah.. 
Ya, bukan mudah untuk sabar kan. Tapi, yakinlah, sabar ini, tiada hadnya. Andai terasa berat. Terasa kemampuan sudah di kemuncak, merintihlah pada Allah. Luahkan pada Nya, rasa tidak mampu kita. Hanya Dia yang maha tahu. Dia tahu yang kita tidak mampu. Kita luahkan, rintihlah padaNya. 

Walau berat, kita cubalah untuk bersabar. Kerana apa? Kerana kita yakin apa yang Allah nak beri di sebalik ujian ini. Kerana kita yakin, Allah akan sentiasa bersama2 kita dalam perjalanan mengharungi ujian ini. Redhalah. Lepaskan semuanya pada Allah.  لا حول ولا قوة الا بالله

Kita serahkan semuanya pada Allah. Yakin pada Allah. Serahkan semuanya. Kita hambaNya. Kita lemah, Allah tahu semua tu. 


Mudah ke nak redha? Mudah ke nak sabar? 

memang susah. Memang payah. amat amat payah. Amat amat berat. 
Tapi, usahakanlah. Kerana apa? Kerana syurga bukan percuma. 

Alangkan nak masuk public toilet yang busuk dan hancing juga perlukan bayaran. inikan pula syurga Allah yang indah dan harum. 

Pejam mata, tarik nafas. Dan katakan pada diri. Aku lalu semua ini, aku lakukan semua ini, hanya keranaMu ya Allah.. 

RR



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...