====================================================
MENUNTUT
ILMU SEBAGAI SEORANG PELAJAR YANG BERILMU DAN BERADAB
====================================================
Sifat yang perlu ada pada setiap pelajar
dalam menuntut ilmu, dalam menunaikan hak terhadap guru ialah menghormati guru.
Guru perlulah dihormati kerana kedudukan dalam menyampaikan ilmu yang diajar
dan juga kerana kedudukan pelajar yang menerima ilmu darinya. Selain itu juga,
ia menunjukkan tahap kesopanannya sesorang pelajar itu yang mana telah dididik
dari awal tentang adab.
Seorang guru, tidaklah meminta dirinya
untuk dihormati dan disanjungi. Tetapi, sebagai seorang murid / pelajar yang
telah dididik dengan adab sopan sebagai seorang muslim, perlulah tahu akan
tanggungjawabnya sebagai seorang murid / pelajar. Tidak kiralah sebesar atau
sekecil mana ilmu yang diperolehi dari guru itu.
Imam
Syafie merupakan seorang ulama yang cukup banyak memberi sumbangan terhadap
menggubal dan memperjelas hukum hakam dalam Al Quran. Sebab itulah Mazhab
Shafie adalah mazhab terbaik dari segi ketelitiannya dalam menggubal
hukum-hukum fekah untuk umat Ahli Sunnah Wal Jamaah...
Imam Shafie amat menghormati Imam Malik (pengasas Mazhab Maliki) walaupun Imam Malik sudah meninggal dunia. Sebab itulah bila dia menziarahi makam Imam Malik dia tidak berqunut semasa bersembahyang subuh di tepi makam Imam Malik. Ini kerana dalam Mazhab Maliki tiada qunut waktu subuh walaupun dalam Mazhab Shafie ada qunut sewaktu sembahyang Subuh. Imam Shafie juga memastikan dia tidak tidur dengan kakinya menghala kerumah Imam Malik sebagai menghormati gurunya itu.
Pernah diriwayatkan lagi tentang perihal menghormati guru ini. Pada suatu hari, sedang Imam Shafie memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali. Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Shafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan menerpa badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihatkan perlakuan Imam Shafie sedemikian. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Shafie perihal kenapa dia memeluk badwi tersebut. Lalu Imam Shafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Shafie. Sekali lagi mereka bertanya tentang apakah yang diajarkan oleh badwi itu kepada Imam Shafie?
Jawab Imam Shafie " Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah, aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara ajning untuk mengawal kambing-kambing mereka. Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu" Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati gurunya itu.

============================
Adab – adab terhadap guru
=========================
- Merendahkan dirinya di hadapan guru, tidak mengeluarkan pendapatnya tanpa kebenaran guru. ~ Imam Ghazali
- Memandang gurunya dengan kemuliaan dan meyakini gurunya mempunya darjat yang tinggi. ~ Imam Syafie
- Mendoakan kesejahteraan guru.
- Bersabar dalam menuntut ilmu, sekiranya ditegur atau dimarahi guru. Pelajar perlulah menganggap teguran guru adalah sebagai tanda kasih sayang guru kepada pelajar tersebut. Dengan yang sedemikian, bermanfaatlah segala ilmu yang dipelajari. Sebahagian ahli salaf berkata, “barang siapa yang tidak sabar dalam menuntut ilmu, maka dia akan buta huruf selama hidupnya. Barang siapa yang bersabar dalam menuntut ilmu, dia akan mendapat kemuliaan dunia dan akhirat.”
- Apabila guru sedang mengajar, hendaklah pelajar mendengar dengan penuh perhatian dan mencatat segala isi yang dipelajari itu.
Berikut adalah sebahagian dari adab-adab
yang perlu ada di dalam diri setiap pelajar dalam menjadi pelajar yang berilmu,
beradab dan bertaqwa kepada Allah swt.
Terima kasih kepada semua guru yang telah
mendidik, mengajar dan membimbing saya dari kecil hingga dewasa.
Saya sayang guru-guru saya..